Nombor Satu

Pernah tak kita terfikir untuk jadi yang nombor satu?


Si Nombor Satu ini adalah segalanya, dialah Wira, dialah pujaan, tatkala didalam majlis, dialah "spot of attention", bila di dalam kem dialah pujaan. Nah, sebut saja namanya, dialah si Nombor Satu, habis semua gadis tergilakannya. Sanggup menggadai nyawa, sanggup bergolok bergadai, sanggup bermasam muka, hanya kerana si Nombor Satu.

Angka satu merupakan satu abjad yang paling gah. Dialah permulaan, dialah tonggak, dialah harapan, dialah segalanya, dan kadangkala apabila si Nombor satu ini berada di lingkungan ramai, ada saja orang yang tidak puas hati. Kerana dia si Nombor Satu. Ada juga perasaan iri hati yang muncul oleh orang-orang yang lain, kerana mereka menjadi si Nombor Dua, Tiga, Empat dan seterusnya.

Kita lihat saja realiti dunia, ada saja si Nombor Satu ini dimana-mana. Kalau di Power Rangers 1st Season, dialah si Power Rangers Merah, Justin. Kalau kita lihat didalam X-men, dialah Cyclops, lihat saja didalam Panglima Melayu, dialah Tuah, jenguk pada filem, dialah wira.
Kita sudah terbiasa dengan si Nombor Satu.

Ada juga perasaan dari si Nombor-Nombor yang lain, lebih baik saja aku si Nombor Dua. Masih lagi wira, tapi merendah diri, masih lagi dikenali cuma kurang, masih lagi pujaan cuma tidak melampau, masih lagi "spot of attention" tapi 2nd. Dan dia cuma yang kedua dalam segalanya.

Hal ini kita dapat lihat seperti Power Rangers Biru, Billy, yang menjadi Mastermind dalam segalanya, tapi Justin yang melakukannya. Ataupun Wolverine, yang lebih matang, tapi Cyclops yang lebih kacak mendapat nama. Mahupun Si Jebat, bertarung bagai nak gila, Tuah yang diangkat. Ini adalah kerana dia si nombor dua.

Bagaimana pula dengan si Nombor yang lain? Tiga, Empat, Lima, Enam dan seterusnya? Mereka tidak dendam, mereka juga tidak dengki, cuma ada iri hati. Ingat, tak semestinya Iri hati itu tidak bagus. Melalui iri hati itulah mereka simpan untuk memajukan diri. Sebagai motivasi. Kerana mereka katakan dalam diri mereka, suatu hari nanti. Aku lebih hebat dari nombor satu.

Bila melihat keadaan si Nombor-Nombor yang lain ini bersuara (bermula dari dua, tiga, empat dan seterusnya). Mereka masing-masing ingin berjaya didalam hidup mereka. Tika itulah motivasi wujud didalam diri. Mereka kata, aku mungkin lebih lagi dari si Nombor Satu kerana aku mahu menjadi diri aku. Aku ada apa yang Si Nombor Satu tiada. Aku punyai keazaman yang lebih dari si Nombor Satu. Aku punyai matlamat yang lebih dari si Nombor satu. Kerana akulah yang orang lain cari.

Dan si Nombor Satu masih kekal dengan keadaan asalnya. Menjadi pujaan dan sebagainya, sedangkan si rakan-rakan yang lain punyai azam tekad untuk menggapai lebih dari apa yang si Nombor Satu pernah ada.

Lumrah manusia, "hidup umpama roda, kadangkala diatas, dan ada masa di bawah" Dek kerana keazaman yang ada pada si Nombor yang lain, mereka tidak sedar mereka sudah menjadi si Nombor Satu dalam diam. Mereka telah mengalahkan si Nombor Satu dalam diri mereka. Mungkin pada hari ini , mereka katakan mereka masih lagi si Nombor Dua, Tiga, Empat, Lima dan seterusnya. Tapi hakikatnya, mereka telah menjadi si Nombor Satu.

Wolverine telah mengalahkan pujaan Cyclops dengan wujudnya filem dia sendiri, Power Rangers Hijau/ Putih si Tommy berjaya menjadi wira semenjak kemunculannya didalam kumpulan Power Rangers. Dan Jebat, dalam masa, manusia menjadi matang menilai Jebat adalah wira sebenar.

Persoalannya, pernahkah kamu bertanya pada diri kamu. Nombor apakah kamu? adakah kamu si Nombor Dua? Tiga? Empat? Lima? dan seterusnya. Ataupun kamu adalah si NOMBOR SATU.

1 comments:

Anonymous July 27, 2009 at 7:42 PM  

yang pasti saya bukan nombor satu, dan ape saya ade, saya rasa cukup memadai kerana mcm mana pun sentiasa akan ade org di atas dan di bawah. tapi kalau nak memajukan diri, penting ade rasa iri hati dan ingin bersaing utk nombor satu =)

Post a Comment

tweet

Dan Aku Kembali Menulis

Blog ini adalah escapism aku dari dunia luar. Mungkin pendekatan aku agak berbeza dari mereka yang lain. Tapi, melalui medium ini jualah aku cuba sampaikan.

Sehaluan