Pernah anda menjenguk masa? anda diam seketika dan berfikir....begini rupanya masa telah berlalu..
lalu dalam fikiran anda terpacul satu persatu perkara, seribu satu perlakuan, ratusan pertanyaan, dan jutaan bicara,sedang waktu berlalu...anda terfikir lagi...
"apakah yang aku telah lakukan semalam?" lalu masa berunjur lagi, dengan 2 hari lepas, 3, hari lepas, 4 hari lepas, minggu lalu, 2 minggu lalu, bulan lalu...peristiwa yang telah terjadi tahun lalu..dua tahun lalu, tiga tahun lalu, dan kadangkala memori sepintas lalu merungkir..
"oh ini yang aku telah lakukan?"
dan kemduian anda bertanya kedalam hati anda sediri lagi
"mengapa aku lakukan itu, mengapa ia terjadi?"
bila nafsu menerawak masuk akal dan minda, anda pula berkata
"ah! padan muka, memang seharusnya begitu!"
atau anda berkata
"aku tersepit! tiada jalan keluar itu satu-satunya"
atau mungkin,
"sengaja aku lakukan itu demi kepuasan hatiku"
tatkala menerusuri masa, kita kadang kala tersedar, yan g tika itu kita leka, tika itu kita lain, tika itu kita hebat, tika itu orang benci, dan tika itu kita mahu mencari jalan keluar.
dan pabila kita telah tersedar, mungkin kita terjumpa suatu tanda. yang membangunkan kita dari mimpi leka...
dan ketika itulah, kita menangis.menangis sepuasnya denan apa yang telah terjadi..menyesali sehitamnya apa yang telah tertinta, dan menakup muka seolah tidak ingin menghidapi masa-masa derita itu lagi..
dan itulah saatnya kita menelan airliur lega, menarik nafas hiba, mengesat air mata luka..
ketika itulah, memori kilat itu meluncur kembali satu persatu, meninjau diri kita dan kita mehadapinya...hadapi dengan rela.samada menerima atau tidak itu sudah tidak dikira. ia meluncur laju lagi dalam kotak-kotak fikiran..
kita tarik lagi nafas...tarik lagi dalam-dalam..
mengehela deras!
dan kita menjenguk kembali, adakah silam itu mahu diulangi?
atau kita sekadar hanya sekadar meraba?
Kita tentukan
Menjenguk Masa
Labels: Buah Fikiran
Susur Masa
Aku masih tersisa dengan dialog tadi. Aku, Hafidz, dan Mohsin.
Yazid memakai t-shirt susur masa. lalu aku tanyakan padanya, apakah itu susur masa? dengan seloka dia membalas. "time line". Pantas, tapi jawapan masih aku cari.
Lalu, aku teringat pada tulisan aku pada facebook tempoh hari. Menjenguk masa, sisa dialog tadi kembali. Yazid menerawang pemikiran aku pada fitrah manusia, tentang angkuh ego dan tamak. lalu menjadikan masa ini tidak pernah cukup, dari segi positifnya kita tidak akan pernah cukup untuk mencari keperluan masa. Itu material. tapi dari segi spiritual pula, kita akan terkenang kembali pada masa yang lalu. apakah yang kita pernah penuhi dalam masa yang lalu.
Secara alami, pernahkah kita mencukupi masa? pernahkah kita isi masa kita dengan zat spiritual yang mendalam? lalu menjadikan kita tamak dalam masa untuk terus mencari.
Mohsin membangkang, ego wujud. Dalam pada masa kita mencari itu, wujudnya satu monolog diri. itulah masa. Dalam kita mencari masa, kita sudah kembali pada sisa kita membazir masa. Kembali kepada angkuh yang Yazid katakan tadi.
Aku diam, tapi terus meneliti.
Hafidz, kembali pada teori fizik masa. Bila mana kita melihat masa, kita sebenarnya perlu sedar bawahasanya masa adalah suatu partikel tachyon, dimana kita rasakan bahawa masa itu ada, tapi sebenarnya tiada. Partikel Tachyon, menyatakan dimana masa adalah suatu benda yang bergerak lebih pantas dari cahaya. Mudah. Cukup dengan Fizik.
Bila mana kita sedar bahawasanya masa adalah bergerak, dan kita masing-masing tahu bahawa dalam tiap masa yang kita ada, adakah kita dalam keadaan merugikannya ataupun tidak?
Berbalik kepada teori seorang cendekiawan melayu, menyatakan dalam masa itu, manusia akan sentiasa berada dalam defisit. iaitu keadaan rugi, dan melalui keadaan defisit itulah yang akan menyedarkan manusia untuk sentiasa bergerak untuk mencapai kebaikan.
Adakah kita rugi?
Aku terus kepada teori Deus Ex Machina, yang aku belajar dari 'Abang Ajar'. Didalam ini, kita boleh terus mengatakan bahawa adakah kita mahukan alam menentukan segalanya didalam masa? Adakah kita mahukan keadaan kita selayaknya terus berserah kepada takdir tanpa usaha?
Aku teringat dengan kisah yang diceritakan oleh 'Abang Ajar' kepada aku. Cumalah suatu cereka, didalam cerita itu menceritakan tentang seorang yang tinggi ilmunya. Belajarnya tinggi, masa belajarnya lama. Lalu dia pulang kekampung, untuk mengajar kepada orang kampung tentang tingginya ilmu. Sedang dalam hari-hari dia mengajar, dia jatuh cinta kepada seorang gadis. Dalam cintanya menerawang lalu nafsu membisik, terus dia bertindak menoda si gadis itu. Lalu terhebah seluruh kampung dengan peristiwa noda itu. Seisi kampung bertindak memukul si penoda yang belajarnya tinggi itu, sedang dia berlari menyelamatkan diri, dia merenung tentang nasibnya, dan masa yang dia telah habiskan. Setitik noda, menghapus segala ruang masa yang dulu pernah ada. Lalu, Deus Ex Machina, dia disambar petir. Mati. Alam pemati cerita.
Adakah kita rugikan masa kita?
persoalan ini anda jawab.
Lalu aku buka kembali surah Al-Asr
" DEMI MASA,SESUNGGUHNYA MANUSIA BERADA DALAM KERUGIAN,KECUALI ORANG-ORANG YG BERIMAN & BERAMAL SOLEH,& SENTIASA BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN & DAN BERPESAN-PESAN DENGAN KESABARAN"
Labels: Buah Fikiran
Jangan Diam- dan aku kembali menulis
Masa ini aku sedang menunggu si Satria merah datang.
sedang aku melihat, dan menunggu, aku kembali terkenang pada mereka didalam kumpulan 'Jangan Diam'. aku terpana sebentar, sebab aku tahu, ayat itu dari ilham 'Arwah Ayah' Usman Awang.
'Jangan Diam'
Dah lama sangat aku diam, dah terlalu lama aku duduk, terlalu lama memerhati. apa hasilnya? kata orang diam mungkin berisi, kata orang diam mungkin teliti, tapi aku diam?
ya, aku diam kini kembali. Mudah.
Aku buka web Firuz Ikhtar Lubis, aku buka karya si Ode, dan aku perhati tulisan Farahana..
dan ku kembali teringat dengan kumpulan 'Jangan Diam'
aku pohon maaf pada si 'Abang Ajar' Faisal Tehrani, maafkan aku. Adik ini terlalu diam...
Aduh, si satria merah sudah hampir.
aku pergi dulu..
'Abang ajar' aku tidak akan diam lagi.