Aku sakit, dunia sakit atau kau yang sakit?


Aku baru sedar yang kita hidup dalam dunia yang sakit, tanpa ada aral kita semua bertambah sakit. Bak sel kanser, merebak meluas dan membabi buta. Tanpa hirau. Pencegah? Semua orang tolak tepi pencegahan penyakit social dunia. Orang kata itu terlalu tradisional, itu terlalu kolot dan tidak terbuka. Tapi percayalah pencegah tetap pencegah yang abadi. Agama

Hidup dalam dunia yang sakit menyebabkan orang pon bertambah sakit dengan penyakit minda bak domino teori yang merebakkan pemikiran, sosialiti, demografi terus terusan menghirup udara penyakit menyebabkan kita alah dengan penyakit yang wujud. Sekarang aku, kau dan dia sakit. Sebab? Aku lihat aku bercakap, aku tak cegah. Kau tengok, kau sasar, tidada pencegahan, Kau sakit kau bangga kau tak mencegah. Kita asyik fikir nak mencari si hakiki sedangkan ia didepan mata. Lalu membuta tuli menyalahkan penyakit yang lain sedangkan si hakiki ada didepan mata. Kita berpenyakit kawan! Kita yang berpenyakit

Dunia sememangnya sudah sakit dengan penyakit kita. Asyik berpegang modenisme berkiblat tuli tak berarah, asyik melihat kita merubah kononnya pengorbanan dalam perubahan dan berpegang prinsip ‘collateral damage’ sedangkan kita sememangnya tidak mengaku yang kita sakit. Dunia sakit?

“Si polan bernafsu durja, melempias syahwat pada si Polan yang lain. Tatkala 9 bulan dicita selepas segala ‘penawar’ tak berhasil isi Rahim yang patut wujud dengan balasan kasih sayang tak dibela. Takut bertanggung jawab si polan satu dan polan dua campakkan sahaja di tingkat 5 apartment di kala tengah malam orang asyik tidur. Isi Rahim patut diberi kasih sayang mati katak. Salah siapa? Kita sakit kawanku.. kita yang sakit.. kita semua. Mungkin kau tak buat tapi kita semua bertanggungjawab. Kita sakit”

“Si Anu 1, baru berumur 14. Mungkin tidak sempat basa basi dalam dunia dia terantuk. Tatkala hidup begitu, sebelum mengadah si Anu ini mengambil langkah escapism yang baginya terlalu selamat. Dengan mengaku kepada dunia langkahan silapnya pada kejadian dulu. Mungkin baik, tapi terlalu buruk dengan pengakuan durjanya adalah dengan bangga. Siap bertanya pada dunia kalau tiada mahkota tiada kesan pada anda. Sakit. Sakit Jiwa, sakit otak sakit pemikiran. Biarlah Si Anu 1 belom matang. Moga ada si Anu 2 yang bakal merubahnya. Kita doakan penyakit dia dan penyakit kita sembuh. Tapi bang, dia sakit kita pon sakit sekali. Atas dasar masyarakat yang satu. Sakitkan bila aku salahkan kau semua?”

“ Bangsa berandal, hidup dalam dunia lara. Kerjanya makan tidur dengan subsidi. Hidupnya makan tidur hiburan mati. Berandal, si bangsa lara dengan penyakit kita cipta. Si bangsa Berandal yang cukup hanya mengutuk tanpa berubah, cukup berkata selolah dialah wira. Cukup hebat di kampong nyah campak melata dunia, terkapai seolah bot karam. Bangsa berandal ini kita yang cipta. Walau setinggi pendidikan kita, dia lahir dari kita. Kenapa aku tuduh penyakit Berandal ini datang pada kita? Kerana kita yang biarkan. Tidak merubah. Nah, kau selalu kata kalau seorang payah untuk merubah. Perlukan sebuah pakatan kesatuan yang besar. Mungkin dengan kuasa politik atau sentuhan Midas yang mampu merubah. Kau sakit kawan, aku pon sakit. Sakit segala aspek. Menjadikan kita juga si Berandal. Kau menolak? Terserah. Kau fikir kemudian.”

“Pengkhianat 1 wujud dimana, dalam diri kita pon ada. Bangga dengan nama, bangga dengan tindakan diri. Sedangkan berbangga itu juga penyakit. Si Pengkhianat 1 hidup dalam dunia dia. Kesan frustasi dari hidup dan capaian yang terngadah, dia kononnya bangkit sebagai wira. Kutuk sana sini, kutuk agama, kutuk orang. Dan capaikan diri dalam hidup sebagai wira dan pengkhianat. Kau ingat orang sanjung? Hidup kau disanjung, caci merca diri kau siapa tahu? Pengkhianat yang wujud dek kerana penyakit menular ke tunjang hidup dan bangsa. Kita hidup dengan penyakit kau tahu?”

“si Penyakit Sedih, lebih menyedihkan. Kau cipta blog kutuk agama kau sendiri. Kau hina serendah tapak kaki. Kau pijak seolah tidak bermaruah. Kau berpenyakit kronik wahai Penyakit Sedih. Kau kronik. Terlalu. Bukak minda orang dengan penyakit sebegitu? Kau sebarkan sahutan syaitan sedangkan si Azazel bergelak ketawa berguling tanpa rasa duku. Kau sebarkan juga anutan syaitan kau hasil dari pesongan yang kau cipta. Elok kau dibunuh. Itu pencegahan, kau menyebabkan kami yang berpenyakit bertambah sakit, terlantar”

Asyik dan fikir. Semua orang mencari si Pencegah ulung. Lalu kau pinta pedoman dari yang esa. Sedangkan sudah diberinya pada kita semua sejak kita di Arash lagi. Ampun, aku dank au sama-sama sakit. Menyalahkan satu sama lain. Kita bingkas bangun sahaja, kembali pada si Pencipta. Dan pintu taubat itu tidak tertutup seadanya. Janganlah tambah penyakit derita? Kita sakit sahabatku! Kita sakit!

Lepas kau baca, kau tinggalkan. Lepas aku tulis aku tinggalkan. Sebabnya kita ini berpenyakit. Aku cabar siapa yang mampu bimbing Si Polan, Si Anu dan Si Pengkhianat demi menyelamatkan Si Bangsa Berandal. Kita kembali pada ajaran Si Maha Esa, bawa pencegah. Cukuplah dengan penyakit ini.



Selepas baca semua tinggalkan. Penyakit.

tweet

Dan Aku Kembali Menulis

Blog ini adalah escapism aku dari dunia luar. Mungkin pendekatan aku agak berbeza dari mereka yang lain. Tapi, melalui medium ini jualah aku cuba sampaikan.

Sehaluan