Aku sakit, dunia sakit atau kau yang sakit?


Aku baru sedar yang kita hidup dalam dunia yang sakit, tanpa ada aral kita semua bertambah sakit. Bak sel kanser, merebak meluas dan membabi buta. Tanpa hirau. Pencegah? Semua orang tolak tepi pencegahan penyakit social dunia. Orang kata itu terlalu tradisional, itu terlalu kolot dan tidak terbuka. Tapi percayalah pencegah tetap pencegah yang abadi. Agama

Hidup dalam dunia yang sakit menyebabkan orang pon bertambah sakit dengan penyakit minda bak domino teori yang merebakkan pemikiran, sosialiti, demografi terus terusan menghirup udara penyakit menyebabkan kita alah dengan penyakit yang wujud. Sekarang aku, kau dan dia sakit. Sebab? Aku lihat aku bercakap, aku tak cegah. Kau tengok, kau sasar, tidada pencegahan, Kau sakit kau bangga kau tak mencegah. Kita asyik fikir nak mencari si hakiki sedangkan ia didepan mata. Lalu membuta tuli menyalahkan penyakit yang lain sedangkan si hakiki ada didepan mata. Kita berpenyakit kawan! Kita yang berpenyakit

Dunia sememangnya sudah sakit dengan penyakit kita. Asyik berpegang modenisme berkiblat tuli tak berarah, asyik melihat kita merubah kononnya pengorbanan dalam perubahan dan berpegang prinsip ‘collateral damage’ sedangkan kita sememangnya tidak mengaku yang kita sakit. Dunia sakit?

“Si polan bernafsu durja, melempias syahwat pada si Polan yang lain. Tatkala 9 bulan dicita selepas segala ‘penawar’ tak berhasil isi Rahim yang patut wujud dengan balasan kasih sayang tak dibela. Takut bertanggung jawab si polan satu dan polan dua campakkan sahaja di tingkat 5 apartment di kala tengah malam orang asyik tidur. Isi Rahim patut diberi kasih sayang mati katak. Salah siapa? Kita sakit kawanku.. kita yang sakit.. kita semua. Mungkin kau tak buat tapi kita semua bertanggungjawab. Kita sakit”

“Si Anu 1, baru berumur 14. Mungkin tidak sempat basa basi dalam dunia dia terantuk. Tatkala hidup begitu, sebelum mengadah si Anu ini mengambil langkah escapism yang baginya terlalu selamat. Dengan mengaku kepada dunia langkahan silapnya pada kejadian dulu. Mungkin baik, tapi terlalu buruk dengan pengakuan durjanya adalah dengan bangga. Siap bertanya pada dunia kalau tiada mahkota tiada kesan pada anda. Sakit. Sakit Jiwa, sakit otak sakit pemikiran. Biarlah Si Anu 1 belom matang. Moga ada si Anu 2 yang bakal merubahnya. Kita doakan penyakit dia dan penyakit kita sembuh. Tapi bang, dia sakit kita pon sakit sekali. Atas dasar masyarakat yang satu. Sakitkan bila aku salahkan kau semua?”

“ Bangsa berandal, hidup dalam dunia lara. Kerjanya makan tidur dengan subsidi. Hidupnya makan tidur hiburan mati. Berandal, si bangsa lara dengan penyakit kita cipta. Si bangsa Berandal yang cukup hanya mengutuk tanpa berubah, cukup berkata selolah dialah wira. Cukup hebat di kampong nyah campak melata dunia, terkapai seolah bot karam. Bangsa berandal ini kita yang cipta. Walau setinggi pendidikan kita, dia lahir dari kita. Kenapa aku tuduh penyakit Berandal ini datang pada kita? Kerana kita yang biarkan. Tidak merubah. Nah, kau selalu kata kalau seorang payah untuk merubah. Perlukan sebuah pakatan kesatuan yang besar. Mungkin dengan kuasa politik atau sentuhan Midas yang mampu merubah. Kau sakit kawan, aku pon sakit. Sakit segala aspek. Menjadikan kita juga si Berandal. Kau menolak? Terserah. Kau fikir kemudian.”

“Pengkhianat 1 wujud dimana, dalam diri kita pon ada. Bangga dengan nama, bangga dengan tindakan diri. Sedangkan berbangga itu juga penyakit. Si Pengkhianat 1 hidup dalam dunia dia. Kesan frustasi dari hidup dan capaian yang terngadah, dia kononnya bangkit sebagai wira. Kutuk sana sini, kutuk agama, kutuk orang. Dan capaikan diri dalam hidup sebagai wira dan pengkhianat. Kau ingat orang sanjung? Hidup kau disanjung, caci merca diri kau siapa tahu? Pengkhianat yang wujud dek kerana penyakit menular ke tunjang hidup dan bangsa. Kita hidup dengan penyakit kau tahu?”

“si Penyakit Sedih, lebih menyedihkan. Kau cipta blog kutuk agama kau sendiri. Kau hina serendah tapak kaki. Kau pijak seolah tidak bermaruah. Kau berpenyakit kronik wahai Penyakit Sedih. Kau kronik. Terlalu. Bukak minda orang dengan penyakit sebegitu? Kau sebarkan sahutan syaitan sedangkan si Azazel bergelak ketawa berguling tanpa rasa duku. Kau sebarkan juga anutan syaitan kau hasil dari pesongan yang kau cipta. Elok kau dibunuh. Itu pencegahan, kau menyebabkan kami yang berpenyakit bertambah sakit, terlantar”

Asyik dan fikir. Semua orang mencari si Pencegah ulung. Lalu kau pinta pedoman dari yang esa. Sedangkan sudah diberinya pada kita semua sejak kita di Arash lagi. Ampun, aku dank au sama-sama sakit. Menyalahkan satu sama lain. Kita bingkas bangun sahaja, kembali pada si Pencipta. Dan pintu taubat itu tidak tertutup seadanya. Janganlah tambah penyakit derita? Kita sakit sahabatku! Kita sakit!

Lepas kau baca, kau tinggalkan. Lepas aku tulis aku tinggalkan. Sebabnya kita ini berpenyakit. Aku cabar siapa yang mampu bimbing Si Polan, Si Anu dan Si Pengkhianat demi menyelamatkan Si Bangsa Berandal. Kita kembali pada ajaran Si Maha Esa, bawa pencegah. Cukuplah dengan penyakit ini.



Selepas baca semua tinggalkan. Penyakit.

9 comments:

Nurshaidah Ibrahim June 2, 2011 at 9:13 PM  

Sangat merindui membaca ruangan ini terutama sekali dgn gaya bahasa dari blog Khairul.

Secara jujur, dari pandangan saya, manusia zaman sekarang memang dah tak boleh nak ubat penyakit kerana manusia zaman sekarang mudah leka and always think about themselves. Should we say, kita dah hilang nilai nilai murni? YES! How to change? It's all about your mindset. That's it.

Khairul Aiman Hamdan June 2, 2011 at 9:48 PM  

terima kasih. Tak tahu nak salahkan siapa. Semua orang dah berpenyakit. Sedih. Minda mungkin boleh merubah, tingkahlaku?

Zodiark June 2, 2011 at 10:09 PM  

Kebanyakan penyakit yang ada kat dunia ini memang boleh merebak. Tidak kira penyakit yang dihidapi oleh manusia seperti demam, aedes, AIDS, dan seumpamanya. Komputer yang kita guna juga pun boleh terkena penyakit yang bergelar dengan nama virus dan worm. Jadi, penyakit seperti yang encik Khairul nyatakan di atas juga adalah seperti begitu.

Khairul Aiman Hamdan June 2, 2011 at 10:14 PM  

dia semakin merebak dan semakin banyak

Syuziani Hidayah Shukri June 2, 2011 at 10:43 PM  

bagai menyiksa diri sdri. bumi xpernah berubah, langit tetap sama sperti 1000 tahun sebelumnya. yg berubah adalah “dunia”, manusia sakit yg merubah segalanya.. melakukan kerosakan.. berpura-pura buta.. manusia yg sakit, manusia yg tenat. yg perlu dimalukan, diagungkan. utk kebaikan, dimalukan pula. yep, semua benda da ada ddepan mata, cuma manusia yg buta. butakah kita? atau hati yg buta? egokah? Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kita sendiri tidak mengubahnya kan? perubahan yg penting dari diri sdri, baru dunia boleh tolong. dunia terlalu tenat.. tp masih ada parts yg masih selamat! percayalah. yg penting keinginan utk berubah, utk satu tujuan yg kuat, yg kekal. How to change the world? I don’t know. But it must be something that starts from deep within, asas kesedaran dari diri sdri.

Sabihah Ghazali June 3, 2011 at 11:22 AM  

Manusia semakin ketandusan nilai manusiawi.. Nilai kemanusiaan, nilai sejagat, nilai dengan diri sendiri yang tidak mahu difahami, dikupas dan dilihat sebagai 'inti' kepada wujudnya 'penyakit'... Realiti, manusia semakin sakit.. Memisahkan agama daripada nilai dan akhlak sedangkan semuanya adalah dari satu rumpun yang sama... Manusia semakin sakit kerana membiarkan diri sendiri yang sakit..

Syuziani Hidayah Shukri June 3, 2011 at 11:34 PM  

Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. To face the challenging world, i think all that we need is education. Yes, we go back to basic, education. Masalah social, di mana-mana pun pasti akan meningkat dengan tingkatnya pembanggunan .We can’t stop it, but we can always prevent it, cure it. To do so, it can be done by giving right education. Either it is formally or informally, both are crucial. It is something that needs to be done continuously, throughout our life. Life is a learning process. Bukan hanya utk yg bermasalah, tapi utk semua. Learning doesn’t say that we’re stupid or knows nothing, it just shows who we are, the type of person who’s willing to improve ourselves in becoming someone better, to remind ourselves. Bukan kita tak berusaha utk mengubati, but it starts from deep within, from us. Every day, we try as much as we can do to save the world, but it is attitude that matters. Ada byk factor-faktor lain yg kita tak boleh kawal. For ex, da byk organizations yg mewajibkan program A, program B, modul 1, modul 2, campaign A, campaign B, and even dari tadika pun, nilai-nilai murni telah mula diterapkan. Di rumah, ibubapa memainkan peranan, tp bila ia terhenti? manusia mudah lupa. mudah hanyut dgn dunia. Attitude itu paling penting. To make kids feel safe at home, and to be safe at home, to educate, to be educate, at least it will help to differentiate which is right, and which is wrong. All that we can do is to play our own part, for others, they’re not something that we can decide. Bukan semua yg sakit, tapi yg sakit itu ramai yg tenat dan sesak nafas.

Aliya Azmi June 14, 2011 at 11:37 AM  

Sick Society.

mohamad yazid ismail July 14, 2011 at 8:50 PM  

kita pernah ditohmah pembinasa....kita juga pernah diletak pembela....kita mulanya sihat, kemudiannya sakit...kita akhirnya damai....kepercayaan-anutan-peng'pop'an-kesedaran....sakit-ubat-sembuh adalah keseimbangannya untuk terus berfikir.....syukur adalah nikmat kita berada atas Dia yang lebih mengetahui....banyak lagi yang takkan tercapai dek akal....doa yang leklok jer...moga2 kita bukan pencucuk tanam unsur negatif....sedarhana mungkin akal, niat, tingkah, dan harap....

Post a Comment

tweet

Dan Aku Kembali Menulis

Blog ini adalah escapism aku dari dunia luar. Mungkin pendekatan aku agak berbeza dari mereka yang lain. Tapi, melalui medium ini jualah aku cuba sampaikan.

Sehaluan