Susur Masa

Aku masih tersisa dengan dialog tadi. Aku, Hafidz, dan Mohsin.

Yazid memakai t-shirt susur masa. lalu aku tanyakan padanya, apakah itu susur masa? dengan seloka dia membalas. "time line". Pantas, tapi jawapan masih aku cari.

Lalu, aku teringat pada tulisan aku pada facebook tempoh hari. Menjenguk masa, sisa dialog tadi kembali. Yazid menerawang pemikiran aku pada fitrah manusia, tentang angkuh ego dan tamak. lalu menjadikan masa ini tidak pernah cukup, dari segi positifnya kita tidak akan pernah cukup untuk mencari keperluan masa. Itu material. tapi dari segi spiritual pula, kita akan terkenang kembali pada masa yang lalu. apakah yang kita pernah penuhi dalam masa yang lalu.

Secara alami, pernahkah kita mencukupi masa? pernahkah kita isi masa kita dengan zat spiritual yang mendalam? lalu menjadikan kita tamak dalam masa untuk terus mencari.

Mohsin membangkang, ego wujud. Dalam pada masa kita mencari itu, wujudnya satu monolog diri. itulah masa. Dalam kita mencari masa, kita sudah kembali pada sisa kita membazir masa. Kembali kepada angkuh yang Yazid katakan tadi.

Aku diam, tapi terus meneliti.

Hafidz, kembali pada teori fizik masa. Bila mana kita melihat masa, kita sebenarnya perlu sedar bawahasanya masa adalah suatu partikel tachyon, dimana kita rasakan bahawa masa itu ada, tapi sebenarnya tiada. Partikel Tachyon, menyatakan dimana masa adalah suatu benda yang bergerak lebih pantas dari cahaya. Mudah. Cukup dengan Fizik.

Bila mana kita sedar bahawasanya masa adalah bergerak, dan kita masing-masing tahu bahawa dalam tiap masa yang kita ada, adakah kita dalam keadaan merugikannya ataupun tidak?

Berbalik kepada teori seorang cendekiawan melayu, menyatakan dalam masa itu, manusia akan sentiasa berada dalam defisit. iaitu keadaan rugi, dan melalui keadaan defisit itulah yang akan menyedarkan manusia untuk sentiasa bergerak untuk mencapai kebaikan.

Adakah kita rugi?

Aku terus kepada teori Deus Ex Machina, yang aku belajar dari 'Abang Ajar'. Didalam ini, kita boleh terus mengatakan bahawa adakah kita mahukan alam menentukan segalanya didalam masa? Adakah kita mahukan keadaan kita selayaknya terus berserah kepada takdir tanpa usaha?

Aku teringat dengan kisah yang diceritakan oleh 'Abang Ajar' kepada aku. Cumalah suatu cereka, didalam cerita itu menceritakan tentang seorang yang tinggi ilmunya. Belajarnya tinggi, masa belajarnya lama. Lalu dia pulang kekampung, untuk mengajar kepada orang kampung tentang tingginya ilmu. Sedang dalam hari-hari dia mengajar, dia jatuh cinta kepada seorang gadis. Dalam cintanya menerawang lalu nafsu membisik, terus dia bertindak menoda si gadis itu. Lalu terhebah seluruh kampung dengan peristiwa noda itu. Seisi kampung bertindak memukul si penoda yang belajarnya tinggi itu, sedang dia berlari menyelamatkan diri, dia merenung tentang nasibnya, dan masa yang dia telah habiskan. Setitik noda, menghapus segala ruang masa yang dulu pernah ada. Lalu, Deus Ex Machina, dia disambar petir. Mati. Alam pemati cerita.

Adakah kita rugikan masa kita?

persoalan ini anda jawab.

Lalu aku buka kembali surah Al-Asr

" DEMI MASA,SESUNGGUHNYA MANUSIA BERADA DALAM KERUGIAN,KECUALI ORANG-ORANG YG BERIMAN & BERAMAL SOLEH,& SENTIASA BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN & DAN BERPESAN-PESAN DENGAN KESABARAN"

7 comments:

atiQah June 11, 2009 at 2:26 AM  

Salah satu tanda Kiamat bakal tiba ialah...masa berlalu begitu pantas...jika masa dikatakan lebih laju dari cahaya....renung2kanlah....

mohamad yazid ismail June 19, 2009 at 1:46 AM  

rugi juga satu benda yang tak merugikan.....kerana setiap kejadian bukanlah satu yang sia-sia...namun apa yang ingin dihadamkan.....huhu saja menyimpang

abdul mohsin June 19, 2009 at 2:03 AM  

bukan je quran dan hadis dalam panduan. kalau manusia dan insan, tapi kiasan..? lagi adanya guru. zat dan sifat, macammana?

Anonymous July 10, 2009 at 1:21 PM  

hye nice blog friend =) tapi u knw me, im blur i cant really get ur abstract thots.haha keep writing. u told me to read dis post, i still need clarification from u..haha

Anonymous August 6, 2011 at 2:52 AM  

Masa itu relative, macam Einstein cakap naik keretapi yang bergerak, setiap benda sekeliling jadi kabur dan bergerak menentang kita yang di dalamnya. Atau masa kalau ikut Leibniz, masa ialah 'susunan rentetan'. Dulu orang tengok masa dengan mengukur matahari, bila manusia kenal nombor dan kemodenan berlaku, kita cipta satu alat untuk mengukur masa berdasarkan nombor. sejam, sesaat, seminit.

Kita letakkan susur masa/ jeda masa dalam persoalan nombor sedangkan bagi aku ia lebih kepada soal jujukan peristiwa. Ke depan untuk masa yang belum wujud, ke belakang untuk masa yang berlalu dan sekarang untuk masa yang kita diami.

Mungkin soal kebaziran masa bukanlah soal berapa banyak yang dihabiskan, tetapi berapa banyak yang enggan dipelajari. Sebab masa terus bergerak, walau apa pun definisi yang kita ingin letakkan.

Aku suka melihat masa dalam bentuk paling mudah, jatuh bulan, naik matahari vice versa. Soal-soal dalamnya yang meletakkan makna kepada masa. Takdir yang bergerak merentas masa tanpa sedikit pun terganggu dengan pincang masa. Detik dalam masa yang kita kenal dan amati bukan masa secara keseluruhannya.

Macam pendeta yang dikejar orang dalam cerita kau, yang terimbas ialah detik masa bukan masa yang telah berjalan.

Aku rasa.

Tra

Anonymous August 6, 2011 at 2:53 AM  

Post a Comment

tweet

Dan Aku Kembali Menulis

Blog ini adalah escapism aku dari dunia luar. Mungkin pendekatan aku agak berbeza dari mereka yang lain. Tapi, melalui medium ini jualah aku cuba sampaikan.

Sehaluan