Nombor Satu

Pernah tak kita terfikir untuk jadi yang nombor satu?


Si Nombor Satu ini adalah segalanya, dialah Wira, dialah pujaan, tatkala didalam majlis, dialah "spot of attention", bila di dalam kem dialah pujaan. Nah, sebut saja namanya, dialah si Nombor Satu, habis semua gadis tergilakannya. Sanggup menggadai nyawa, sanggup bergolok bergadai, sanggup bermasam muka, hanya kerana si Nombor Satu.

Angka satu merupakan satu abjad yang paling gah. Dialah permulaan, dialah tonggak, dialah harapan, dialah segalanya, dan kadangkala apabila si Nombor satu ini berada di lingkungan ramai, ada saja orang yang tidak puas hati. Kerana dia si Nombor Satu. Ada juga perasaan iri hati yang muncul oleh orang-orang yang lain, kerana mereka menjadi si Nombor Dua, Tiga, Empat dan seterusnya.

Kita lihat saja realiti dunia, ada saja si Nombor Satu ini dimana-mana. Kalau di Power Rangers 1st Season, dialah si Power Rangers Merah, Justin. Kalau kita lihat didalam X-men, dialah Cyclops, lihat saja didalam Panglima Melayu, dialah Tuah, jenguk pada filem, dialah wira.
Kita sudah terbiasa dengan si Nombor Satu.

Ada juga perasaan dari si Nombor-Nombor yang lain, lebih baik saja aku si Nombor Dua. Masih lagi wira, tapi merendah diri, masih lagi dikenali cuma kurang, masih lagi pujaan cuma tidak melampau, masih lagi "spot of attention" tapi 2nd. Dan dia cuma yang kedua dalam segalanya.

Hal ini kita dapat lihat seperti Power Rangers Biru, Billy, yang menjadi Mastermind dalam segalanya, tapi Justin yang melakukannya. Ataupun Wolverine, yang lebih matang, tapi Cyclops yang lebih kacak mendapat nama. Mahupun Si Jebat, bertarung bagai nak gila, Tuah yang diangkat. Ini adalah kerana dia si nombor dua.

Bagaimana pula dengan si Nombor yang lain? Tiga, Empat, Lima, Enam dan seterusnya? Mereka tidak dendam, mereka juga tidak dengki, cuma ada iri hati. Ingat, tak semestinya Iri hati itu tidak bagus. Melalui iri hati itulah mereka simpan untuk memajukan diri. Sebagai motivasi. Kerana mereka katakan dalam diri mereka, suatu hari nanti. Aku lebih hebat dari nombor satu.

Bila melihat keadaan si Nombor-Nombor yang lain ini bersuara (bermula dari dua, tiga, empat dan seterusnya). Mereka masing-masing ingin berjaya didalam hidup mereka. Tika itulah motivasi wujud didalam diri. Mereka kata, aku mungkin lebih lagi dari si Nombor Satu kerana aku mahu menjadi diri aku. Aku ada apa yang Si Nombor Satu tiada. Aku punyai keazaman yang lebih dari si Nombor Satu. Aku punyai matlamat yang lebih dari si Nombor satu. Kerana akulah yang orang lain cari.

Dan si Nombor Satu masih kekal dengan keadaan asalnya. Menjadi pujaan dan sebagainya, sedangkan si rakan-rakan yang lain punyai azam tekad untuk menggapai lebih dari apa yang si Nombor Satu pernah ada.

Lumrah manusia, "hidup umpama roda, kadangkala diatas, dan ada masa di bawah" Dek kerana keazaman yang ada pada si Nombor yang lain, mereka tidak sedar mereka sudah menjadi si Nombor Satu dalam diam. Mereka telah mengalahkan si Nombor Satu dalam diri mereka. Mungkin pada hari ini , mereka katakan mereka masih lagi si Nombor Dua, Tiga, Empat, Lima dan seterusnya. Tapi hakikatnya, mereka telah menjadi si Nombor Satu.

Wolverine telah mengalahkan pujaan Cyclops dengan wujudnya filem dia sendiri, Power Rangers Hijau/ Putih si Tommy berjaya menjadi wira semenjak kemunculannya didalam kumpulan Power Rangers. Dan Jebat, dalam masa, manusia menjadi matang menilai Jebat adalah wira sebenar.

Persoalannya, pernahkah kamu bertanya pada diri kamu. Nombor apakah kamu? adakah kamu si Nombor Dua? Tiga? Empat? Lima? dan seterusnya. Ataupun kamu adalah si NOMBOR SATU.

UM- university masyarakat


tatkala aku dan danny sibuk hendak memotong rambut di alor gajah. waktu iu jualah para ibu bapa yang lain sedang bersiap hendak menghantar anak mereka mendaftar di kampus sebagai seorang mahasiswa.

aku duduk di kerusi gunting rambut itu, melihat rambut danny di potong. kemudian auntie kedai gunting itu datang kepada ku. bertanyakan tentang potongan rambut ku, gaya mana yang dia suka. setelah menerangkan kepadanya. dia memotong rambutku.

sambil-sambil memotong, dia bertanya kepada ku. mengapa aku begitu awal berada di kampus?
aku dan Danny menjawab, kami menjadi urusetia untuk pendaftaran pelajar baru. dia bertanyakan kepadaku, bagaimanakah keadaan pendaftaran pelajar baru?
apakah proses pendaftaran tersebut dan apakah orientasi yang akan di lakukan?
aku dan Danny menerangkan sedikit demi sedikit.

kemudian auntie itu kembali memotong rambut ku.
" soly ar adik, anak auntie esok ala register dekat itu universiti utara"

"owh, UUM kat Sintok eh auntie? jauh tu..."

"a ah, manyak jauh wooo...tala penah pigi, ala olang cakap itu punya perjalanan dalam 9 jam wooh"

"memang jauh pun... pekan dia puntak besar mana, lebih kurang alor gajah je auntie..."

"owh, itu macam ka? itu legister apa lagi dia olang bikin? ala laging-laging(raging) ka?"

"takdelah auntie, mane ader raging, zaman dah berubah, memang lah orientasi tu sukar tapi takdelah sampai tahap raging. Banyakkan bersabar je"

"owh...itu macam ka? saya tala tau wooh... kami olang tala solang pon masuk U... ini ja anak auntie mau masuk U woo..."

"baguslah dier masuk U, course aper dier amek?"

"apa itu...economic studies loh...dia dulu itu STPM juga angkat"

"owh ok..faham, oklah banyak kerjaya dia"

"hahaha, itu macam ka adik? kami olang suma masuk U lain wooh..."

"U apa? tadi kate tak masuk U?"

"kami suma olang UM mari... UNIVERSITY MASYARAKAT"

Aku terkesima sebentar dengan ayat dia. betul, antara sedar, mereka adalah golongan manusia yang menjadi insan dikalangan masyarakat. Yang belajar bersaing dalam hiruk pikuk masyarakat, dan kemudiannya cuba menghidupkan anak-anak mereka supaya hidup anak-anaknya adalah lebih baik dari biasa.
Mereka antara kaun yang tiada subsidi. antara kaun yang hidup bersaing. antara kaun yang cuba lari dari kelompok orang yang lemah, agar suatu hari nanti mereka lebih berjaya dari yang lain.

Disuatu sudut, Danny memandang kepadaku. Aku faham maksud Danny. Bagaimana gigihnya si penggunting rambut, inginkan anaknya berjaya, supaya suatu hari nanti dia boleh mendabik dada mengatakan. Aku dulu tiada pelajaran tinggi, dapat hasilkan anak aku seorang mahasiswa yang berjaya.

"adik, nanti bilang sama kawan-kawan auntie tutup kedai hali esok dan lusa tau! auntie pigi Kedah mau antar anak masuk U"

"oklah auntie"

tweet

Dan Aku Kembali Menulis

Blog ini adalah escapism aku dari dunia luar. Mungkin pendekatan aku agak berbeza dari mereka yang lain. Tapi, melalui medium ini jualah aku cuba sampaikan.

Sehaluan