Kenapa nama saya k.o?


Tulisan ini bukanlah hendak menyatakan sejarah dan juga salasilah yang menyatakan mengapa ramai orang memanggil saya dengan nama tersebut. Dan bukanlah jua jawapan yang akan mendukung mengapa saya selesa dengan nama tersebut. Tapi, jujur bicara. Saya selesa.

Orang akan menerima kita seadanya, biar apapon nama kita, bukanlah nama yang jadi ukuran, tapi personality disebalik nama itu yang dibandingkan.

Mungkin pepatah Melayu ada berkata, “Harimau mati meninggalkan belang, dan manusia mati meninggalkan nama” dan pastinya, belang si Harimau itu juga adalah personaliti si Harimau. Hidup ini luas, dan orang akan menerima kita sebagaimana yang kita bawa diri kita.

Mungkin ramai orang bertanya, kenapa nama saya k.o? dan saya bilang kali menegah jangan tanya kenapa. Tapi kenapa? Sebab, sebelum kalian tahu maksud nama tersebut, kalian akan terus menuduh dengan pelbagai andaian.

Ada yang meruncing mengatakan maksud nama itu adalah si pengalah, ada yang terus dengan rumusan mengatakan oh dia itu pelik orangnya, da nada yang dengan sengaja membentangkan personality seseorang dari pandangan dia. Jadi, dengan persoalan “jangan tanya kenapa” kalian akan terus memberi tuduhan terhadap nama tersebut. Dengan secara tidak langsung, kalian juga akan cuba mengkaji dari mana asal usul nama tersebut. Dan intimnya, kalian akan terus menerawang kedalam personaliti diri saya.

Saya selesa dengan nama tersebut. Ada yang memanggil abang K.O, ada pula memanggil K.O..ada yang tersalah panggil K-on, tak mengapa….saya terima semua, kerana kalian terima saya seadanya. Tapi kalian juga kena ingat, dalam tiap nama diberi. Pasti ada maksudnya 


1 comments:

Anonymous February 11, 2011 at 2:54 AM  

The name and nickname are two different thing..
but hey.. it is as what it is..

Post a Comment

tweet

Dan Aku Kembali Menulis

Blog ini adalah escapism aku dari dunia luar. Mungkin pendekatan aku agak berbeza dari mereka yang lain. Tapi, melalui medium ini jualah aku cuba sampaikan.

Sehaluan