Buat Mereka Bergelar Melayu

Malique- Layu


Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai



Aku tersedar dari tidur. Tika itu didalam bas, dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Sedang waktu itu, sajak ini diputarkan melalui telefon bimbitku. Aku terkesima. sedih bercampur duka, sangat sedih. Ya, mungkin pada waktu ini ramai sahaja yang menggelakkan aku, terlalu obses dengan perjuangan bangsa. Aku tidak obses, bukak aku yang obses dan aku galas ini sebagai tanggungjawab. Kalau bukan aku yang sibuk bercerita panjang mengenai bangsa, kalau bukan aku yang hanya sanggup berdiri untuk bangsa siapa lagi? Tidak ramai.

Ya, aku akan dilabel sebagai sentimen perjuangan politik melalui posting ini. Betul, aku selalu dilabel begitu. Tapi tulus dalam hati aku, tak pernah terlintas untuk aku mempolitikkan sentimen ini. Betul, ini memang ketuanan. Tapi, sedar atau tidak, sampai bila lagi bangsa kita akan begini?

Buat Melayu yang sedang membaca artikel ini. Mungkin kamu tidak sedar siapa kamu, atau hanya tahu kamu berbangsa Melayu, sedang dalam tiap-tiap hari, kamu bergerak sebagai Melayu, kamu sedar ataupun tidak ramai bangsa kamu itu menjual maruah bangsanya? Sedar ataupun tidak tentang hari-hari yang ada ini, Bangsa kamu han ya disuap semata? Betul kata Malique, "orang berbudi, kita hanya tahu merasa". Berapa ramaikah dari Bangsa kamu yang sedar tentang perkara ini?

Apakah hakikat realiti Melayu kini? Dipenuhi dengan hasad dengki? Dipenuhi dengan cemburu dan iri hati? Bergelak dengan tawa sambil menumpaskan bangsa sendiri? Yang diatas mencemuh dibawah, yang dibawah mencaci diatas. Sedang dalam hakikat Melayu ini makin layu, hari demi hari. Aku lihat suasana ini tiap-tiap hari. Aku rasa perkara ini tiap-tiap hari. Dan aku yakin kamu juga sedar. Sampai bilakah Melayu ini harus disuap? Sedang dalam hakikat bangsa-bangsa lain semua sedang tekad berjuang untuk maju. Dan apakah yang Melayu lakukan? Cuma berceloteh "ah, biarlah mereka, mereka cuma terlalu taksub dengan bangsa sendiri!". Sedang pada itu, Melayu ini hanya selalunya duduk diam sahaja memerhati bangsa lain lebih maju. Sehingga satu tahap, dengki.

Buat, Melayu. Bukan aku bermain dengan api. Bukan aku hendak timbulkan rasa benci terhadapat bangsa sendiri. Tidak. Tentu sekali tidak. Kerana cinta aku kepada bangsa inilah perkara ini wujud. Aku tidak mahu satu hari nanti aku lihat bangsa ku runtuh dek kerana kebodohan bangsaku sendiri. Aku tidak mahu melihat bagaimana bangsaku dipijak, dibonekakan oleh orang luar dek kerana dengki yang wujud terhadap bangsa sendiri. Sedarlah, kamu ada jawapannya. Dunia telah melihatkan bagaimana jatuhnya sebuah negara yang dahulunya hebat, dan kini tinggal puing sahaja. Bagaimana bangsa Iraq merana, dalam si negara asing mengambil peluang mempergunakan mereka lalu menjatuhkan mereka. Fikirlah, takkanlah kita mahu menjadi begitu. Fikirlah.

Ada juga yang membantah perjuangan aku ini. Dari bangsa aku sendiri. Katanya, Agama melarang kita untuk terlalu taksub kepada bangsa sendiri. Itu membawa kepada semangat Ashabiah. Kawan, perkara paling mudah kita patut fikirkan dalam bumi Malaysia ini. Dalam negara ini, majoritinya adalah Melayu, dan takrifan Melayu sendiri adalah Islam, sedang nama Melayu ini membawa nama Islam sedag jatuh, tenggelam ataupun leka. Takkanlah kita mahu biarkan? Mahu nama Melayu ini menggadai maruah Islam? Lihat, di kelab-kelab Malam, si Melayu Islam jualah pemenuh tempat mereka. Didalam negara ini juga Melayulah yang ramai tergendala. Sampai bila kawan? Sampai bila kita mahu melihat Bangsa ini menggadai maruah agama? Sampai bila? Kawan, kita sama-sama fikirkan.

Terus dari dahulu kita pernah melihat bangsa kita maju. Mencipta satu tamadun yang gah sehingga seluruh dunia memandang. Lalu, datang orang luar, dengan sekejap sahaja meruntuhkan kita. Lalu tamadun itu hanya menjadi sejarah lalu kita agungkan. Dahulu kita pernah mencipta tamadun. Tapi, hakikatnya, bilakah pula kita yang akan mencipta tamadun? Bilakah kita akan gah seperti dahulu? Masa apakah yang menunjukkan kita adalah bangsa perkasa seperti dulu? Ataupun kita mahu melihat bangsa kita seperti satu sejarah? Tanpa kita membuat apa-apa. Kita fikirkan.

Memang hakikat kita tinggal didalam negara majmuk dan berbilang kaum, tapi kawan. Dalam hakikat itu, cuba intai sendiri bangsa kita. Ada sahaja yang masih lagi bersifat perkauman, ada sahaja yang mendengki sesama bangsa sendiri. Ada sahaja yang membiarkan diri sendiri terabai. Ada sahaja yang mengharapkan bantuan subsidi dari kerajaan. Ada sahaja yang tidak mahu maju kerana rasa diri sudah memadai. Ada sahaja yang mahukan keadaan lebih baik tapi tidak pernah berusaha. Kawan, sampai bila? Kita sama-sama fikirkan.

Aku tidak politikkan ketuanan ini. Aku perjuangkan Kesedaran. Supaya bangsa aku lebih maju. Aku tahu ramai dari bangsa aku juga menentang. Tapi kawan, aku doakan kau juga sedar. Apakah hakikat, dan bilakah kita akan maju.

Hakikatnya, bangsa ini sudah hampir hilang taringnya. Budi bahasa yang dibanggakan hampir puput, diganti dengan kekurang hajaran yang ada sesama kita. Sifat hormat menghormati makin hilang. Jiran-jiran tidak ditegur sapa. Sifat dengki dan cemburu makin merajai. Sifat membangga diri tidak tentu hala makin disembah. tolonglah. Ayuh kita berubah.

Kawan. Aku merayu, jangan benci aku. Mari kita tolong bangsa kita. Aku merayu



8 comments:

Raihan Mahmood August 10, 2009 at 9:40 PM  

Suka baca tulisan anda :)

Khairul Aiman Hamdan August 20, 2009 at 9:58 PM  

terima kasih...tapi aku mahukan kritikan

lolypopgurl August 23, 2009 at 2:55 AM  

im with you..kita memperjuangkan satu matlamat yg sama..bezanya saya tidak pandai menulis sepuitis anda..tahniah..semoge lebih ramai yg membaca dan seterusnya terbangun dari lena,memperjuangkan bangsa melayu kita..

DicKiE aDaMs August 27, 2009 at 12:26 PM  

ade blog x ckp!!! sentap!

Khairul Aiman Hamdan August 29, 2009 at 6:05 AM  

lolypopgurl: thanx, contact aku...aku mencari orang macam kau

lolypopgurl September 1, 2009 at 11:32 PM  

macam mane nk contact..?sekarang pon susah nak jumpa abg kat kampus..

pemuja rahasia September 8, 2009 at 10:44 AM  

keadaan maaf..
this is really something man ;)

Anonymous September 13, 2009 at 2:50 AM  

kritikan mampu membunuh,
namun,
sajian ilmiah ak sajikan,
bukan membunuh,
namun menampakkan yang kabur,
melayu tetap melayu,
yang sukar maju tanpa bersatu,
ayuh jaguh si anak melayu,
namun lemah menunduk bayu,
persetan insan malu,
langkah maju tanda setuju,
gapai impian biar jitu,
untuk genjatan menangkas nafsu,
cuma satu yang mampu,
menjudud bumi menghadap kiblat-MU,
assalammualaikum

Post a Comment

tweet

Dan Aku Kembali Menulis

Blog ini adalah escapism aku dari dunia luar. Mungkin pendekatan aku agak berbeza dari mereka yang lain. Tapi, melalui medium ini jualah aku cuba sampaikan.

Sehaluan