Maaf

Kemaafan biasanya muncul tatkala hati rasa bersalah. Tapi ada juga kemaafan yang muncul selepas rasa memaafkan. dan kadangkala ada juga memberi maaf bila dipaksa. Tapi, nyatanya maaf itu besar impaknya. Inilah maaf. Maaf boleh merubah seribu satu persepsi manusia. Adakala maaf ini merendahkan ego manusia, sehingga menampakkan betapa ikhlas nya hati seseorang itu. Itulah cahaya kemaafan.

Mungkin ramai orang tertanya-tanya dan menyatakan.apakah keadaan maaf?

6 comments:

diy^pford August 25, 2009 at 7:57 PM  

Macam mane pulak kalau memberi kemaafan tapi mengulangi kesilapan yng same?

Dakwat Jahat August 25, 2009 at 11:32 PM  

Maaf boleh dipinta. Ingatan takkan dilupa. Biar pun di maafkan, calar dan luka di hati siapa yang tahu? Terubatkah luka tersebut? Maaf sekadar bahasa penyedap kata sesama insan. Terpulanglah.

Khairul Aiman Hamdan August 29, 2009 at 6:09 AM  

Diy Pford: Memberi kemaafan tetapi mengulangi? Dia bukan meminta maaf. Umpama meminta keji

Dakwat Jahat: Ya, mungkin ia penyedap kata. Tapi ia umpama Api disimbah air. Kesannya mungkin telah terbakar, tapi ia pemadam dari lagi terbakar. Mungkin

Anonymous August 30, 2009 at 3:17 AM  

maaf bukan kata-kata...
maaf bukan satu rasa...
maaf bukan satu kuasa...

namun maaf penyembuh duka..
kerna maaf mampu merubah kata..
kerna maaf mampu merubah rasa..
kerna maaf mampu menghasilkan kuasa..

dan yang berkata hanyalah bisikan..
dan yang merasa hanyalah jiwa..
dan yang menghasilkan kuasa adalah DIA..

ucaplah maaf walaupun bisa persis sembilu..
kerna maaf penghitung segala...
kerna ia tuntutan disisi-NYA..

maafkan saya wahai saudara DAKALIS...
jika memberi secangkir idea
assalammualaikum..

pemuja rahasia September 8, 2009 at 10:46 AM  

keadaan maaf..
this is really something man ;)

Anonymous November 1, 2009 at 9:08 PM  

maaf?... bukan semua maaf ibarat api disimbah air.. kadang2 maaf tu sendiri mampu memakan diri.. maaf bukanlah sebuah alasan.. ia harus lahir dari keikhlasan.. bagaimana sukar mengungkap maaf, berganda sukar memberi kemaafan.. apatah lagi jika ianya hanya sekadar penyedap kata.. kita hanya manusia biasa bukan Dia yg SEMPURNA.. bukan mudah utk memaafkan.. sekali maaf dipinta biar ia lahir dari hati, mekar di bibir dan disempurnakan dengan tutur kata.. barulah ia membawa makna.

Post a Comment

tweet

Dan Aku Kembali Menulis

Blog ini adalah escapism aku dari dunia luar. Mungkin pendekatan aku agak berbeza dari mereka yang lain. Tapi, melalui medium ini jualah aku cuba sampaikan.

Sehaluan