Biarkan berlaku, buatlah tak tahu

Ambang tahun baru ni,

Aku seloka satu persatu. tempoh hari pulang sebentar ke Malaysia banyak berubah. Tekanan makin kuat. Semuanya makin panas. Semuanya makin tak betul. Aku ada rasa janggal. Yang aku rasa, macam aku orang asing di tanah sendiri. semuanya berlainan. mungkin yang lainnya aku. Disempuh lama dengan negara orang, sampai tak pandang negara sendiri.

Asalnya, nak toleh juga, pandang apa yang kurang. Tapi aku pandang kita sebenarnya banyak yang dah cukup, yang kurangnya pemikiran. tak capai lagi dek maju, tak gapai lagi wawasan tinggi.

Paling sedih tengok orang melayu. Dah capai banyak, ada jua yang begitu begitu jua, makin menurun pemikiran pon ada jua. Begitu, ramai yang dah melangkah jauh, punyai pendidikan capaian tinggi. Tarafan luar negara, juga punyai kemajuan lebih baik dari sebelumnya. sayang, jarak perbezaan makin jauh.

Dari dulu, zaman aku belajar. Aku gelarkan Bangsa Malaysia ini terbahagi kepada 3 jenis pembahagian. Kaya, Sederhana, dan Miskin. Sayang, kini di Malaysia punyai 5 golongan, Kaya raya, Kaya, Sederhana, Hampir sederhana, dan Miskin.

Celoteh aku, nak pandang bangsa Melayu. Bangsa aku. Kerana ini bangsa aku, aku bercerita. Ini bukan rasis, kerana niat aku jauh mencemuh bangsa lain. Cuma niat aku nak buka cerita bangsa aku.

Dulu, tahun 92, Pak Pandir pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu kategori Irama Malaysia. Dengan lagunya 'Yang remeh dan yang temeh'. Anak-anak kecil menyanyi, yang sedang sedang menari, kemudian yang lainnya turut bertepuk. Apa lagi, jadi juara.

Sayang, orang melayu menyanyi saja. Kerana kita suka menyanyi, dengan pelbagai lintasan program nyanyian juga, ayuh kita menyanyi bersama.

Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang
Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk-angguk
Suruh geleng-geleng
Oh puji lah aku
Ampu lah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
Kita karaoke juga sekali.

Mungkin dari menyanyi ini, kita perlu amati setiap lirkik yang ada. Orang melayu patut sedar dengan lirik ini. Dari politikus yang menjarakkan kita, ditambahkan lagi dengan keegoan bangsa, kemudian masing masing sibuk menurut nafsu kepartian masing masing.
Orang melayu semakin berpecah. Dengan politik Malaysia makin punah. masing masing bertikam lidah, dengan keegoaan. Tak sedar, agama ketepi, bangsa menepi, ilmu tak lagi berdiri. Lalu punahlah, sedikit demi sedikit seolah air terjun melanggar batu, semakin menghakis.
Dan air yang kita anggap remeh temeh itu, semuanya buat tak tahu. Biarkan semuanya berlaku. Sedang yang sedikit dikit itu main peranan. Dan kita biarkan. Ibarat si luncai, terjun dengan labu-labunya. Semuanya biarkan.

0 comments:

Post a Comment

tweet

Dan Aku Kembali Menulis

Blog ini adalah escapism aku dari dunia luar. Mungkin pendekatan aku agak berbeza dari mereka yang lain. Tapi, melalui medium ini jualah aku cuba sampaikan.

Sehaluan