Semalam 11 September


Semalam 11 september, satu tarikh yang amat menyakiti semua pihak. Menyakiti semua orang didunia. Mungkin pada mereka yang tidak mengambil peduli, tragedi hari ini pada lapan tahun lalu hanyalah suatu kejadian semata-mata. Dan pada mereka yang tidak mengambil peduli, mereka akan tetap bersatu dan bersekongkol bersetuju dengan pandangan si Amerika mengatakan bahawa itu adalah kesan dari pengganas Islam. Yang lebih baik lagi, ada juga orang Islam yang menuduh bangsanya sendiri pengganas. Siapa yang pengganas? Mana bukti yang mengatakan Islam adalah pengganas?


Tanggal 11 september ini betul-betul mengubah sejarah dunia. Dengan adanya 11 September, wujudnya perang terbaru dunia "Peperangan Memerangi Pengganas" yang didadalangi oleh si Syaitan Amerika. Demi kononnya mencari Osama Bin Laden, beliau memerangi Afghanistan, dan kononnya ingin membebaskan Afghanistan dari cengkaman pengganas Al-Qaeda, lalu beliau terus menyerang Iraq, yang kononnya ingin melepaskan Iraq dari cengkaman si kuku besi Saddam Hussein. Dan lebih lawak dan menggeli hati lagi, apabila masih ramai umat islam di luar sana masih menuduh bahawa Al-Qaeda adalah dalang. Afghanistan merdeka dari pengganas. Dan Iraq bebas dari si Kuku Besi. Hakikatnya, kesan dari peperangan itu, Amerika telah berjaya meruntuhkan pemerintahan Islam di Afghanistan, hasil emas hitam Iraq di kaut si Amerika sehingga mereka berjaya mengawal harga minyak dunia. dan Amerika masih lagi ingin menakluk dunia menunnjukkan kekuasaaannya.

Semalam 11 September, ketika bangunan WTC itu runtuh, Moral masyarakat Islam juga jatuh. Disinilah titik punca dimana umat Islam dicaci dan dicerca. Disinilah umat Islam dituduh tanpa soal bicara. Buat mereka yang berada dibarat, mereka pastinya tahu bagaimana keadaan di tahan oleh imigresen yang kononnya melabel mereka sebagai pengganas. Umat Islam digambarkan melalui barat sebagai seorang manusia yang berjubah labuh, berjanggut, berserban, memegang pedang di tangan kanan dan kepala manusia ditangan kiri. Sampai begitu sekali tanggapan mereka terhadap Islam. Hanya dengan labelan fitnah si Syaitan Amerika yang melabel Islam pengganas. Sehingga wujud satu label, "Muslim terrorist". Sedangkan didalam Islam tidak pernah menggalakkan keganasan. Dan menurut Sejarah Islam, antara pesanan yang Rasulullah S.A.W pernah sampaikan ketika ingin berperang. "
1. Jangan menebang pokok
2. Jangan meruntuhkan bangunan
3. Jangan membunuh wanita, orang tua, dan kanak-kanak
.........(dan yang lain-lain)

Banyak perkara Islam boleh tunjukkan betapa mulianya Islam dan berapa penafian terhadap signifikan Muslim Terroism itu adalah salah!

Wujud pula satu hal ISLAMOPHOBIA, didalam phobia jenis baru ini, umat ISLAM dirasakan sebagai suatu ancaman kepada masyarakat. Mereka dipulaukan, disisihkan lalu di ketepikan. Seolah-olah mereka menjadi suatu penyakit berjangkit berbahaya kalau didekati. ISLAMOPHOBIA, menyebabkan para-para imam dicemuh masyarakat dibarat, masjid-masjid dikepung, dilempar batu dan umat Islam seolah-olah hilang tampat berlindung.

Tidak habis lagi dengan ISLAMOPHOBIA, penyakit ini bukan sahaja wujud dengan mereka yang beragama selain islam! penyakit ini wujud juga diantara orang-orang Islam! Ramai orang Islam yang menuduh agama mereka sebagai pengganas dan sentimen Amerika itu benar! Ramai diantara mereka yang menyokong perjuangan Amerika memerangi negara-negara Islam! dan ramai diantara mereka yang mencemuh, tanpa memberi bantuan kepada umat-umat Islam. Semalam 11 september...

ISLAMOPHOBIA, betul-betul mengajar umat Islam berfikir dengan lebih matang dan berani. Nah bangkit Ahli Parlimen wanita Turki yang memakai hijab di parlimen kemudian dihalau, kerana tidak mahu membuka Hijabnya. Nah, di Perancis penduduk Islam di sana masih lagi berani memakai Hijab walaupun mereka dicemuh seolah-olah berpenyakit kusta. Dan lebih hebat lagi, di negara-negara yang dahulunya mencemuh Islam, pendapat mereka tentang Islam telah berubah, dimana umat Islam menunjukkan betapa lembutnya Islam betapa cantiknya Islam, lalu membuka mata kepada pencemuh dan menyebabkan mereka berfikir.

Semalam 11 September, setahun selepas kejadian itu, Green Day muncul dengan lagu mereka "wake me up when september ends" sebuah tamparan buat Amerika apabila rakyatnya langsung membantah tentang serangan terhadap negara-negara luar. Mereka seolah-olah mahu tidur ketika bulan september, untuk menutup mata dan telinga dan tidak mahu menghadapi perasaan dan saat ketika bulan september. Benar, ramai yang pergi pada 11 september. Tetapi bukan siapa dalangnya menjadi masalah, tetapi apa puncanya perlu diketahui. Rakyat Amerika tertampar dengan berita ini, Tentera-Tentera simpanan dikerah di Afghanistan dan Iraq. Kemudian tentera direkrut semata-mata mahu melepaskan tuntutan kehendak yang mahukan melihat Islam jatuh.

Pencarian 11 september tidak pernah mencapai hasil. Osama bin Laden masih bebas diluar sana. Umat Islam tidak jatuh dengan sewenang-wenangnya.

Semalam 11 September. Membuka mata dunia tentang peristiwa terulung yang menyebabkan Amerika ternganga, dan Islam tertampar. Tuntasnya, kita perlu banyak belajar melalui 11 September kerana Semalam adalah 11 September.

Semalam adalah Sejarah, Esok adalah Hadiah, dan hari ini adalah .............(anda isi, dan anda telusuri)

4 comments:

Anonymous September 13, 2009 at 2:38 AM  

semalam adalah sejarah,
hari ini adalah realiti,
dan yang akan datang kelak adalah suatu misteri...

santapan dunia,
tidak jua sedar,
semua punya tujuan dan kepentingan,
tercetusnya tarikh 11 september,
fitrah seorang manusia,
takkan berubah tika masa kian suntuk,
usaha insan yang bergelar insan,
mengajak,
meratap keringat semangat,
namun,
tak jua sedar...

sabarlah saudara,
hidup berputar,
biarlah mereka di atas sana.
suatu hari tersungkur jua,

usaha saudara menampakkan jati,
keluhuran diteguh,
ikhlas terlunas,
tiada yg dengar,
ALLAH maha berkuasa,
ada hikmahnya saudara,
assalammualaikum

lolypopgurl September 13, 2009 at 12:23 PM  

11 september?mungkin ramai yg terlupa mungkin ramai yg terleka...11 september?8thn dahulu ke..3 tahun dahulu ke semalam ke..?sama sahaja di mata mereka..tak pernah peduli apa yg terjadi..tak pernah mengkaji apa yang tersembunyi...Islam mereka cuma pada nama..atau mungkin cuma pada ic nya sahaja..mengagung-agung bangsa dan budaya barat sedang bangsa dan agama sendiri di pijak-pijak..

Hujan Merah September 13, 2009 at 12:36 PM  

yup...
11 september..
kini sejarah ngeri buat agama islam...bagaimana permulaan islam di maki hanaya kerana si amerika yang gah pada nama vetonya..
namun kiata harus sedar..
kiat sepatutnya bangkit..
bukan hanya menerima cemuhan demi cemuhan..
jadikn hari ini sebagai satu wadah untuk mencapai kejayaan..
iaitu membersihkan nama islam yang telah dokotori dan di pandang hina...
bagaimana??
kalian fikir2 kan lah..
buat si penulis...
catatan yang membuatkan aku sedar bahawa dunia ini semakin sampai ke penghujungnya....
dan kita masih lagi leka dan alpa...

Dakwat Jahat September 15, 2009 at 5:57 AM  

Gua tetarik mengenai band Greenday yang lu tulis. Ketiga-tiga ahlinya berkerakyatan amerika. Anak jati amerika. Mereka tidak menggemari cara pemerintahan amerika itu sendiri. Sebagai sebuah band yang dikenali seluruh dunia, gua rasa penyampaian mesej mereka jelas kedengaran di seluruh pelusuk dunia. Berani. Amerika tidak semuanya menyokong Bush dan tidak semua dikalangan mereka membenci Islam.

Gua rasa Osama itu adalah hanya cerita rekaan omongan amerika. Masakan sampai sekarang tidak dapat menjumpai Osama? Bagaimana pula tidak ada seorang pon berbangsa yahudi di dalam WTC dikala terjadinya tragedi WTC ini? Bagaikan sudah tahu ape yang berlaku.

Semuanya adalah hasil strategi pemikiran yahudi untuk menjatohkan islam.

Post a Comment

tweet

Dan Aku Kembali Menulis

Blog ini adalah escapism aku dari dunia luar. Mungkin pendekatan aku agak berbeza dari mereka yang lain. Tapi, melalui medium ini jualah aku cuba sampaikan.

Sehaluan