Selipar dan Masjid




Salam diberi, kemudian doa diaminkan. Aku bangun berjalan kebelakang dewan. Menoleh kebelakang dan aku lihat ada lagi jemaah masih lagi bersalaman. Jemaah Isyak masih lagi tidak seramai jemaah jumaat. Kadangkala aku hairan, hampir kesemua masjid begitu. Solat fardhu yang lain tidak sampai separuh masjid pon penuh, tapi kalau solat Jumaat, melimpah hingga ke jalan besar.

Hujan turun renyai, abah berjalan kearahku dan aku tetap menunggu. Suasana sejuk di masjid itu kadangkala menggigit kulitku, tambahan pula hujan meratap tiap-tiap hari kini. Aku meneruskan langkahku perlahan, kelihatan abah bersalaman dengan rakannya di masjid dan berbual kosong.

Tiap-tiap langkah aku teruskan, untuk mencapai selipar. Takut hilang. Dan abah berjalan menggapai selipar bersama rakannya.

Aku lihat ada seorang budak meluru ke masjid. Berlari-lari anak. Aku pelik bercampur hairan dan berbaur ajaib. Kalau dia meluru untuk mengejar saf berjemaah, solat Isyak jemaah baru saja selesai, dah siap aminkan doa pon. Kalau dia nak ke tandas, jauh di hujung masjid, bukan di dewan utama. Rasanya hampir semua masjid begitu.

Budak tu masih lagi berlari meluru ke arah aku yang sedang memakai selipar. Dan dia berlari anak laju memakai selipar, berlari kearah marmar dihadapan dewan utama melintasi kawasan marmar, tempat larangan memakai selipar. Terus laju. Aku terkedu, jemaah lain turut menegur.

"Dik bukak selipar tu!"

Budak tu pakai juga

"Hey selipar!"

Dia buat bodoh juga

"Woi! tak tahu adap ke?"

Dia lari lagi hingga hampir ke jalan

"Hey, orang tegur buat bodo pulak"

Budak tu berhenti lalu, berpusing.

"Saya mau kija itu bus"

Abah bersuara

"Maafkanlah, dia tak tahu, dia bukannya Islam"

* * * *

Dalam kereta, abah tersenyum. "Biarlah budak tu, dia bukan Islam, tak guna pon kalau tangkap dan pukul, tegur cukuplah. Islam nikan cantik. Ada hadis Nabi, budak kencing dalam masjid, Nabi suruh biarkan. Semuanya bersebab, taknak kalau sahabat kejar, najis tu makin bersepah. Dalam hal budak ni, kalau orang nak marah terus pun tak guna. Dia bukannya Islam, dan dia tak faham. Tegur dia cara elok. Dia mungkin rushing tadi, nak kejar bus kat simpang tu, sebab tu kononnya ikut short cut. Tapi dia tak tahu adab masjid. Yang penting, kita tegur, kalau dia kurang ajar, itu perkara nombor dua"

* * * *

Tiba-tiba aku teringat tentang Perang Isu Kasut, penjajah putih yang kurang ajar masuk ke Tokong Buddha dengan memakai kasut. Menyebabkan kebangkitan rakyat untuk berperang dengan Penjajah putih.

Dengan kasut pon boleh berperang, nasib baik budak tu pakai selipar.

Masa (tribute to my roomates)


Kita sebenarnya tidak pernah ada masa yang cukup..

Kita sebenarnya selalu menyalahkan masa untuk segala macam bentuk yang menimpa. Dan kadangkala kita sedar, bukan masa yang patut dipersalahkan.

Rasanya kali ni kalau memandang dalam hidup aku, memang terlalu cepat masa berlalu. Dan aku rasa Danny tetap menyokong aku.

Semester kali ini adalah yang paling singkat, 5 semester sebelum ni aku dan Danny tidak pernah ada Junior. Maksudnya, junior dalam bilik. Sebab tak pernah ada peluang, dan kami hidup dengan rakan-rakan satu batch.

Kali ini, memang terasa lainnya dengan ada mereka di bilik. Walaupun aku baru je pindah masuk bilik danny, dan penduduk tetap bilik tu dah jadi 5 orang, aku tak pernah rasa bilik tu sempit dan semak dengan kehadiran mereka.

Malah aku rasa suka dengan mereka. Danny yang tak pernah tahu perasaan ada roomate pon selalu ceria dengan budak-budak ni. Walaupun aku tak pernah sebilik dengan Danny sebelum ni, aku tahu bagaimana dia ekspresikan penghargaan dengan roomate yang ada. Yang penting, aku tahu dia senang dengan mereka.

Bilik tu tak pernah kosong, walaupun berpenghuni seramai 5 orang, Aku, Danny, Tebes, Itik dan Doy... rasanya tak pernah kosong dengan kelibat penghuni lain. Memang selalunya ada yang datang melepak, dan aku tak pernah merasakan mereka adalah beban.

Kadang-kala bila nak tido, memang budak2 junior ni jadi bahan kitorang. Tebes memang selalu jadi mangsa buli, sebab dia memang best kitorang buli..hahahaha. Budak yang paling respect kami, kadang-kadang manja gak.

Tebes dan Itik


Itik lak, jadik partner aku nak buli budak, habis semua orang dia nak kacau. Muka macam gangster, jelingan penuh duka dendam lara, TAPI hati macam kaca!

Doy

Doy, manusia yang paling pelik aku jumpa, tido pon boleh senyum, pastu DEGIL! aku cakap banyak kali, kalau balik, bawak selimut, takdelah tido macam udang! tapi takde mane dia dengar. Dia ni paling best bila aku kejar dia dengan tulang ayam. huhuhuhu

.....

Masa memang banyak berlalu, sekarang aku dan Danny takkan ada lagi dengan kamu. Kami dah pindah. Korang lak kena jaga diri elok-elok. Yang aku tahu korang memang best.

JAP, Danny pesan one thing.. BILIK TOLONG SENTIASA KEMAS! walaupun kitorang takde! SEBABNYA, kitorang tak ajar korang jadik pengotor!

HIDUP JANGAN BERKIRA

TOLONG SELAGI MAMPU

HATI KENA BERSIH

paling penting

SOLAT JANGAN TINGGAL!

.....

Aku teringat tentang keluhan Danny, saat-saat akhir semester. "Kita dah nak grad, budak-budak ni baru je kenal, dah nak kena tinggal" Rasanya hari-hari dia cakap dengan aku. Dan aku sebenarnya hadapi benda yang sama. Perasaan yang sama, dan aku tetap kenang mereka.

Danny, selalu mengeluh tatkala sayangnya dia pada budak-budak level. Yang mana memberi dia seribu satu kenangan dan bakal meninggalkan seribu-satu kerinduan.

Aku hadapi benda yang sama, konflik yang sama. Aku tahu, memang aku tetap akan merindui mereka.

Danny, kita suka ke tak suka ke tetap kena tinggalkan diorang gak. Aku tahu, diorang akan jadi 'MANUSIA' dan bukan setakat jadi 'ORANG'.

Aku harap sangat, suatu hari nanti, kalau aku tak bersua dengan mereka, aku akan tetap jumpa mereka samada di akhbar, atau di kaca tv sebagai 'MANUSIA'. Dan tatkala itu, aku dan Danny boleh mendabik dada mengatakan "MEREKA RAKAN SEBILIK KAMI"

Salam jumpa lagi.

hari ni aku tamat

hari ni aku tamat diploma...diploma je pun..tapi kenangan terlalu banyak di Melaka..memang UiTM melaka mengajar aku seribu satu perkara, dari yang baik sehingga yang buruk.

Hari ni, aku rasa aku akan merindui Melaka...Merindui saat-sat bersama roomate aku, Tebes, Itik, dan Doy...aku bakal merindui saat bergurau senda ber sama junior, yang mana aku selalu tarik boxer dan towel mereka kalau nak pergi mandi. Hahahaha..

Aku bakal merindui saat gelak tawa bersama Junior Mass com ku, Padin, Atul, Alisa, Amirul, dan ramai lagi yang mana aku tak tahu nak sebut dalam ni...(siapa yang aku tak sebut jangan terasa hati, ramai sangat)

Aku juga akan merindui saat berdebat bersama pasukan debat yang lain, bergelak ketawa, bermesra dan beramah...

Aku juga bakal merindui saat sedih yang aku lalui di Melaka..

Aku bakal merindui Lecturer2 yang mengajar ku, terutamanya Miss Wan Azfarozza dan Miss Faidul Maisarah...

Aku bakal merindui saat bersama teman-teman di kolej, saat induction budak2 part 1, saat kena kejar bila diorang 'Mandi Bunga', saat cemas sorok rokok kalau pak guard naik..

Aku akan merindui saat MMS, menjaga MMS, kerana aku rasakan tanggungjawab aku dan perjuangan aku dalam menyedarkan anak bangsa masih lagi belum habis....

Aku akan merindui segala teman-teman di course lain, yang membuka mataku tentang dunia mereka, dan bukan sahaja terlindung dengan duniaku

Aku bakal merindui saat bertukar pendapat tentang politik, bersama Suhail, Zamir, Khairul Azizi, dan Abang Long..

Aku rindukan keadaan itu, dan aku tahu hidup aku di Melaka ini tersisa...

Aku bakal rindukan Melaka...

Kadangkala aku rindukan saat susah aku di Melaka, dimana aku akan makan maggi selama dua atau tiga hari berturut-turut...Kerana aku segan nak mintak duit dengan abah..sebab aku selalu rasa aku ni menyusahkan dia

Aku bakal rindukan teman-teman aku yang bersama ketika XFM, Ari, Dilla, Dayah, Spanky, Ady, Syaza dan Reshad..terima kasih kerana banyak membantuku..

Aku akan rindukan classmate ku, walau aku tahu aku selalu ponteng kelas :P

Aku bakal rindukan semuanya..dan aku terlalu berharap yang saat-saat ini akan turut ada ketika aku di Shah Alam..

Aku terlalu rindukan segalanya..

dan aku memang sedar..Hidup aku di Melaka memang tersisa...

Buat teman yang membantu ku saat aku hiba, tertekan, stress, hilang punca...mereka benar2 membantu ku..

Aku pasti, aku bakal rindukan teman2 si Naipok... dengan Aliya yang selalu aku kacau..

Para junior Tesl, yang sentiasa buat aku tersenyum..

Aku tak tahu nak tulis apa..kerana aku terlalu rindukan semua..

TERIMA KASIH kerana membantuku di Melaka..

buat mereka yang ada di Melaka...aku bakal merindukan kamu

memang satu kenangan di Melaka..

Terima kasih sekali lagi..

tweet

Dan Aku Kembali Menulis

Blog ini adalah escapism aku dari dunia luar. Mungkin pendekatan aku agak berbeza dari mereka yang lain. Tapi, melalui medium ini jualah aku cuba sampaikan.

Sehaluan