Selipar dan Masjid




Salam diberi, kemudian doa diaminkan. Aku bangun berjalan kebelakang dewan. Menoleh kebelakang dan aku lihat ada lagi jemaah masih lagi bersalaman. Jemaah Isyak masih lagi tidak seramai jemaah jumaat. Kadangkala aku hairan, hampir kesemua masjid begitu. Solat fardhu yang lain tidak sampai separuh masjid pon penuh, tapi kalau solat Jumaat, melimpah hingga ke jalan besar.

Hujan turun renyai, abah berjalan kearahku dan aku tetap menunggu. Suasana sejuk di masjid itu kadangkala menggigit kulitku, tambahan pula hujan meratap tiap-tiap hari kini. Aku meneruskan langkahku perlahan, kelihatan abah bersalaman dengan rakannya di masjid dan berbual kosong.

Tiap-tiap langkah aku teruskan, untuk mencapai selipar. Takut hilang. Dan abah berjalan menggapai selipar bersama rakannya.

Aku lihat ada seorang budak meluru ke masjid. Berlari-lari anak. Aku pelik bercampur hairan dan berbaur ajaib. Kalau dia meluru untuk mengejar saf berjemaah, solat Isyak jemaah baru saja selesai, dah siap aminkan doa pon. Kalau dia nak ke tandas, jauh di hujung masjid, bukan di dewan utama. Rasanya hampir semua masjid begitu.

Budak tu masih lagi berlari meluru ke arah aku yang sedang memakai selipar. Dan dia berlari anak laju memakai selipar, berlari kearah marmar dihadapan dewan utama melintasi kawasan marmar, tempat larangan memakai selipar. Terus laju. Aku terkedu, jemaah lain turut menegur.

"Dik bukak selipar tu!"

Budak tu pakai juga

"Hey selipar!"

Dia buat bodoh juga

"Woi! tak tahu adap ke?"

Dia lari lagi hingga hampir ke jalan

"Hey, orang tegur buat bodo pulak"

Budak tu berhenti lalu, berpusing.

"Saya mau kija itu bus"

Abah bersuara

"Maafkanlah, dia tak tahu, dia bukannya Islam"

* * * *

Dalam kereta, abah tersenyum. "Biarlah budak tu, dia bukan Islam, tak guna pon kalau tangkap dan pukul, tegur cukuplah. Islam nikan cantik. Ada hadis Nabi, budak kencing dalam masjid, Nabi suruh biarkan. Semuanya bersebab, taknak kalau sahabat kejar, najis tu makin bersepah. Dalam hal budak ni, kalau orang nak marah terus pun tak guna. Dia bukannya Islam, dan dia tak faham. Tegur dia cara elok. Dia mungkin rushing tadi, nak kejar bus kat simpang tu, sebab tu kononnya ikut short cut. Tapi dia tak tahu adab masjid. Yang penting, kita tegur, kalau dia kurang ajar, itu perkara nombor dua"

* * * *

Tiba-tiba aku teringat tentang Perang Isu Kasut, penjajah putih yang kurang ajar masuk ke Tokong Buddha dengan memakai kasut. Menyebabkan kebangkitan rakyat untuk berperang dengan Penjajah putih.

Dengan kasut pon boleh berperang, nasib baik budak tu pakai selipar.

4 comments:

kupukupuKertas November 19, 2009 at 11:35 AM  

hello pacik...i've found you..hehe sukala blog awk..keep on writing okay ;)

Khairul Aiman Hamdan November 19, 2009 at 9:31 PM  

thx makcik :) need a critic to improve my writing plz ...:)

Anonymous December 6, 2009 at 12:57 AM  

nasib baik bdk 2 pkai selipar kan?hehe

Wawan Saini February 18, 2010 at 4:40 AM  

salam singgah.
salam blogger.
penulisan anda matang
kita berkongsi minat yang sama.
suka bermain dengan pena.
teruskan menulis..

P/s ; aku nk link kan blog ko kat teratak aku.
hope ko xkisah..

Post a Comment

tweet

Dan Aku Kembali Menulis

Blog ini adalah escapism aku dari dunia luar. Mungkin pendekatan aku agak berbeza dari mereka yang lain. Tapi, melalui medium ini jualah aku cuba sampaikan.

Sehaluan