Kita sebenarnya tidak pernah ada masa yang cukup..
Kita sebenarnya selalu menyalahkan masa untuk segala macam bentuk yang menimpa. Dan kadangkala kita sedar, bukan masa yang patut dipersalahkan.
Rasanya kali ni kalau memandang dalam hidup aku, memang terlalu cepat masa berlalu. Dan aku rasa Danny tetap menyokong aku.
Semester kali ini adalah yang paling singkat, 5 semester sebelum ni aku dan Danny tidak pernah ada Junior. Maksudnya, junior dalam bilik. Sebab tak pernah ada peluang, dan kami hidup dengan rakan-rakan satu batch.
Kali ini, memang terasa lainnya dengan ada mereka di bilik. Walaupun aku baru je pindah masuk bilik danny, dan penduduk tetap bilik tu dah jadi 5 orang, aku tak pernah rasa bilik tu sempit dan semak dengan kehadiran mereka.
Malah aku rasa suka dengan mereka. Danny yang tak pernah tahu perasaan ada roomate pon selalu ceria dengan budak-budak ni. Walaupun aku tak pernah sebilik dengan Danny sebelum ni, aku tahu bagaimana dia ekspresikan penghargaan dengan roomate yang ada. Yang penting, aku tahu dia senang dengan mereka.
Bilik tu tak pernah kosong, walaupun berpenghuni seramai 5 orang, Aku, Danny, Tebes, Itik dan Doy... rasanya tak pernah kosong dengan kelibat penghuni lain. Memang selalunya ada yang datang melepak, dan aku tak pernah merasakan mereka adalah beban.
Kadang-kala bila nak tido, memang budak2 junior ni jadi bahan kitorang. Tebes memang selalu jadi mangsa buli, sebab dia memang best kitorang buli..hahahaha. Budak yang paling respect kami, kadang-kadang manja gak.
Itik lak, jadik partner aku nak buli budak, habis semua orang dia nak kacau. Muka macam gangster, jelingan penuh duka dendam lara, TAPI hati macam kaca!
Doy
Doy, manusia yang paling pelik aku jumpa, tido pon boleh senyum, pastu DEGIL! aku cakap banyak kali, kalau balik, bawak selimut, takdelah tido macam udang! tapi takde mane dia dengar. Dia ni paling best bila aku kejar dia dengan tulang ayam. huhuhuhu
.....
Masa memang banyak berlalu, sekarang aku dan Danny takkan ada lagi dengan kamu. Kami dah pindah. Korang lak kena jaga diri elok-elok. Yang aku tahu korang memang best.
JAP, Danny pesan one thing.. BILIK TOLONG SENTIASA KEMAS! walaupun kitorang takde! SEBABNYA, kitorang tak ajar korang jadik pengotor!
HIDUP JANGAN BERKIRA
TOLONG SELAGI MAMPU
HATI KENA BERSIH
paling penting
SOLAT JANGAN TINGGAL!
.....
Aku teringat tentang keluhan Danny, saat-saat akhir semester. "Kita dah nak grad, budak-budak ni baru je kenal, dah nak kena tinggal" Rasanya hari-hari dia cakap dengan aku. Dan aku sebenarnya hadapi benda yang sama. Perasaan yang sama, dan aku tetap kenang mereka.
Danny, selalu mengeluh tatkala sayangnya dia pada budak-budak level. Yang mana memberi dia seribu satu kenangan dan bakal meninggalkan seribu-satu kerinduan.
Aku hadapi benda yang sama, konflik yang sama. Aku tahu, memang aku tetap akan merindui mereka.
Danny, kita suka ke tak suka ke tetap kena tinggalkan diorang gak. Aku tahu, diorang akan jadi 'MANUSIA' dan bukan setakat jadi 'ORANG'.
Aku harap sangat, suatu hari nanti, kalau aku tak bersua dengan mereka, aku akan tetap jumpa mereka samada di akhbar, atau di kaca tv sebagai 'MANUSIA'. Dan tatkala itu, aku dan Danny boleh mendabik dada mengatakan "MEREKA RAKAN SEBILIK KAMI"
Salam jumpa lagi.
8 comments:
oh my god. I'm touched. sumpah. K-O, thanks a lot for everything for all this while. and i'm sorry too for everything. You and Danny, I swear to god that I will never remember you guys. Just jangan lupa ajak kitorang datang time kau kahwin nanti yeah :) haha!
REMEMBER US!
KO!
I dont know u hv a blog. (:
Coolio.
Ill be reading.
Keep writing.
Sure Dear...:)
Thanx for ur support :)
hahahaha....
aku setuju dengan kamu k-o, masa memang datang dan pergi terlalu pantas dalam hidup kita... (lagu Raihan yang berjudul "demi masa" berkumandang di telinga setiap pembaca comment ni...)
Semalam, baru aku mengeluh pada suhail, macam mana nak mengharungi 6 semester dekat uitm melaka.
semalam, baru aku terima seorunk room8 baru bernama khairul aiman hamdan.
semalam baru kite fikirkan mcm mana cara nya nak singgir kan salah seorunk dari mereka keluar dari bilik KST2309.
semalam, baru lepas kita cuci level sama2.
rasanya baru semalam kita main tarik2 tuala n boxer masing2...
tp hari ni,
kita masing2 mengadap laptop, ber-facebook, blog, melayari internet sambil pegang rokok mengenang kisah kite masa dekat level.. sambil tue tersenyum or ketawa terbahak sampai terbatuk2 sebab tertelan asap rokok.. hahaha
bodoh...
esok, aku, kau, korunk tak tahu la akan jadi apa... tp yang penting, aku harap, kite semua jadi manusia, bukan nye PONTI (k-0!, 2009)
to k-o:
Terima kasih untuk entry kali ni... aku x rasa sedih, aku x rasa rindu, dan aku x ketawa, jua aku x rasa terharu... tapi aku rasa bangga sebab nama aku ada dalam entry ni.. hahahaha.. tue je...
tp aku nak kau tahu, sepanjang aku hidup dengan kau, kau banyak tolong aku, kau banyak tenang kan aku. banyak lagi la... yang tue buat aku terharu, perkara2 tue buat aku rindu, semua tue buat aku menangis tatkala aku tgh menaip ni..
kalian semua memang banyak beri impak pada aku. sesungguh nye, hidup dan mati aku, akan aku ingat kamu semua sampai bila. even kalau aku nyanyuk sekali pun, aku mahu kamu semua tahu, u guys are the best thing happen in my life!
wooo .
terharu aku bace.
:(
comment danny gila pjg doh.
aku rasa, macam berasa kat level kau plak, terbayang junior2 berlari2, kekecohan berlaku sekitar level.
best kan ada budak part 1? semua fresh. we can do anything.
when reading ur post abg... i dunno if i'm crazy... tears run down my face but i am laughing at the same time... too many experience and my feelings are all mixed up....
danny: while u were thinkng 2 eliminate one of us... we were thinking how to prevent u from entering our room.... i really really grateful that i didn't surrender the room but continue 2 live with u...
Post a Comment