Pesan Arwah Atuk

DULU, sebelum arwah atuk aku meninggal pada disember 1995, tatkala aku berumur 8 tahun, arwah atuk aku pernah berpesan. Kelak aku dewasa nanti, ibu bapa aku harus bentuk aku, supaya tidak terpatah kemana-mana arah. Tidak lembut, ataupun seumpamanya. Tidak terlalu berlembut pada sifat mahupun nurani. Lantas, pesan mama, arwah atuk selalu kata ‘jangan manjakan diri untuk menjadi orang lembut, binasa padahnya’. Aku faham, lagi mengerti. Kerana saat selepas dia berpesan, dia pergi. Dan setiap tahun, mama akan selalu pesan, abah akan selalu didik, mengikut pesan arwah atuk. Didik dari segi agama tak pernah tinggal, sedikitpun, didikan dari moral seallu disokong, tambahan aku anak lelaki pertama dari anak lelaki pertama. Waris. Tak dihalangnya aku berkawan, tak dicercanya dengan siapa aku berkawan, tapi selalu diperhatikan siapa kawan aku.

Sampai umur aku belasan, selalu mama berpesan dan abah mendidik, janganlah dengan nafsu songsang aku ikuti. Janganlah dengan perihal perempuan aku turuti, itu pesanan mereka. Tatkala aku sering dipesan, tak terdetik untuk melawan. Walhal, aku turut runsing, bicara pesan arwah atuk sebelum pergi. Aku tak musykil satu sifat yang ada dalam diri aku hampir patah. Walaupun aku dibayangi dibawah kakak, namun kakak aku tidak pernah mengajar apatahlagi mengajak untuk mengikuti jejak mereka. Aku turut panjat pokok, jatuh basikal dari bukit yang tinggi hingga lututku berlubang, kaki terpijak mercun sehingga hangus, bertumbuk keranan mengejek, bergaduh kerana tersalah gol, mahupun terhambat kucing tetangga. Tatkala remaja juga, dengan pesan mama dan didikan abah, aku juga selalu terpana. Adakah atuk salah pesan, atau sekadar berpesan, atau dia memang mahu berpesan?

Umur meningkat, hujung belasan masa paling meningkat naik bagi anak lelaki. Saat itu semua peluang mahu dikaut, kemahsyuran mahu dipungut, kejantanan mahu ditaut. Lelaki, pesan mama dan didikan abah masih lagi sama. ‘Ingat pesan atuk kau’. Aku ingat dan memang ingat selalu. Tidak mahu terpatah aral seperti pesanan atuk, kerana pesanan terakhir itu wasiat yang harus dipegang. Dengan umur begitu, aku tampakkan lagi kelelakian aku dengan tautan peribadi, kadangkala aku cukur misai, kadangkala aku biar janggut, kadangkala aku tunjukkan dadaku yang semakin bidang. Fizikal, mana lelaki yang tak bangga dengan fizikal. Pesan mama dan didikan abah berulang lagi ‘Ingat pesan atuk kau’. Aku ingat.

Sampailah suatu masa, aku baru sedar. Aku seringkali diusik oleh kaum seangkatan. Kadangkala meminta nombor, kadangkala mengajak keluar. Dan kadangkala cuba memenangi hati. Lalu aku tolak dengan baik dan diam dengan menghormati. Lalu aku teringat dengan pesan atuk, rupanya bermakna. Pesan atuk supaya aku tidak mudah terjebak, supaya aku jadi pemimpin, supaya aku buka mata, dunia ini luas. Memang dunia ini luas, kerana kerenah manusia itu pelbagai, kerana norma manusia itu tidak terkapai, kerana nafsu kadangkala menghilai. Lalu aku buka mata luas-luas, ingat pesan atuk, dan aku faham. Aku faham dan aku harus tidak cepat melatah. Kerana pesan atuk itu bukan sekadar wasiat biasa, tapi misi.

Rupanya visi arwah atuk itu kuat, bukan sekadar pada waktu itu, dia mahu aku memimpin. Dia tahu bakal keadaan yang akan aku lalui, lalu dia tidak mahu aku terjebak. Dia tahu apa hilai tawa yang bakal singgah, lalu dia mahu aku buka mata. Aku terima. Pesan mama juga, jangan cepat melatah dengan mereka, hormati kerana kita sesama manusia dan bukan tugas kita untuk menghina. Didik abah, pimpin diri kita, supaya satu hari nanti kita tak akan lenyap dan bakal memimpin. Kita perlu hormat mereka, bukan menghina. Jangan mengata kalau tak faham, jangan membenci kalau tak tahu, jangan menjebak kalau tak mahu. Pesan arwah atuk, aku faham. Mama selalu pesan, jangan hina orang, jangan benci orang, dan selalu faham orang. Aku faham. Abah selalu kata, diri kena betul, hati kena ikhlas, agama biar tetap. Aku mengerti.
Buat semua, bukan tugas kita untuk menghina, tapi tugas kita untuk memahami dan mendidik.

Kita tidak sebagus mana, kerana aku banyak cacat cela. Mereka ada hati, mereka ada perasaan, mereka ada jiwa, mereka juga manusia, mereka juga khalifah. Mereka punya harga diri, mereka punya keluarga. Buat kamu, siapa kita? Kita punya banyak dosa, kita tak sesempurna sifat, cuma dengan ego melaung diri. Kita tak sekuat umat, dengan nafsu kita tewas. Kita bukan abadi, konon diri tidak pernah mati. Buka mata, kalau ada yang kurang kita bantu. Kalau ada yang terlebih kita kurangkan. Kalau hati mati kita hidupkan. Kalau perasaan kering, kita segarkan. Kita pimpin diri kita.

KECEWA

Ada tak dalam gagasan 1Malaysia cakap tentang 1Agama? yang mana orang kita atau stesen tv kita dah tak tahu nak beza tentang konsep 1Malaysia dengan 1Agama??? korang nilai sendiri


yang penting, korang letakkan persoalan..1Malaysia gagal atau iklan ni yang gagal?

aku tiup habuk

FFFFFFUUUUUUUHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


yang aku tahu, habuk dalam blog aku ni menebal...banyak sangat tak update. banyak sangat yang tak tulis. baru nak tulis..

baru nak tulis balik!!!

Selipar dan Masjid




Salam diberi, kemudian doa diaminkan. Aku bangun berjalan kebelakang dewan. Menoleh kebelakang dan aku lihat ada lagi jemaah masih lagi bersalaman. Jemaah Isyak masih lagi tidak seramai jemaah jumaat. Kadangkala aku hairan, hampir kesemua masjid begitu. Solat fardhu yang lain tidak sampai separuh masjid pon penuh, tapi kalau solat Jumaat, melimpah hingga ke jalan besar.

Hujan turun renyai, abah berjalan kearahku dan aku tetap menunggu. Suasana sejuk di masjid itu kadangkala menggigit kulitku, tambahan pula hujan meratap tiap-tiap hari kini. Aku meneruskan langkahku perlahan, kelihatan abah bersalaman dengan rakannya di masjid dan berbual kosong.

Tiap-tiap langkah aku teruskan, untuk mencapai selipar. Takut hilang. Dan abah berjalan menggapai selipar bersama rakannya.

Aku lihat ada seorang budak meluru ke masjid. Berlari-lari anak. Aku pelik bercampur hairan dan berbaur ajaib. Kalau dia meluru untuk mengejar saf berjemaah, solat Isyak jemaah baru saja selesai, dah siap aminkan doa pon. Kalau dia nak ke tandas, jauh di hujung masjid, bukan di dewan utama. Rasanya hampir semua masjid begitu.

Budak tu masih lagi berlari meluru ke arah aku yang sedang memakai selipar. Dan dia berlari anak laju memakai selipar, berlari kearah marmar dihadapan dewan utama melintasi kawasan marmar, tempat larangan memakai selipar. Terus laju. Aku terkedu, jemaah lain turut menegur.

"Dik bukak selipar tu!"

Budak tu pakai juga

"Hey selipar!"

Dia buat bodoh juga

"Woi! tak tahu adap ke?"

Dia lari lagi hingga hampir ke jalan

"Hey, orang tegur buat bodo pulak"

Budak tu berhenti lalu, berpusing.

"Saya mau kija itu bus"

Abah bersuara

"Maafkanlah, dia tak tahu, dia bukannya Islam"

* * * *

Dalam kereta, abah tersenyum. "Biarlah budak tu, dia bukan Islam, tak guna pon kalau tangkap dan pukul, tegur cukuplah. Islam nikan cantik. Ada hadis Nabi, budak kencing dalam masjid, Nabi suruh biarkan. Semuanya bersebab, taknak kalau sahabat kejar, najis tu makin bersepah. Dalam hal budak ni, kalau orang nak marah terus pun tak guna. Dia bukannya Islam, dan dia tak faham. Tegur dia cara elok. Dia mungkin rushing tadi, nak kejar bus kat simpang tu, sebab tu kononnya ikut short cut. Tapi dia tak tahu adab masjid. Yang penting, kita tegur, kalau dia kurang ajar, itu perkara nombor dua"

* * * *

Tiba-tiba aku teringat tentang Perang Isu Kasut, penjajah putih yang kurang ajar masuk ke Tokong Buddha dengan memakai kasut. Menyebabkan kebangkitan rakyat untuk berperang dengan Penjajah putih.

Dengan kasut pon boleh berperang, nasib baik budak tu pakai selipar.

Masa (tribute to my roomates)


Kita sebenarnya tidak pernah ada masa yang cukup..

Kita sebenarnya selalu menyalahkan masa untuk segala macam bentuk yang menimpa. Dan kadangkala kita sedar, bukan masa yang patut dipersalahkan.

Rasanya kali ni kalau memandang dalam hidup aku, memang terlalu cepat masa berlalu. Dan aku rasa Danny tetap menyokong aku.

Semester kali ini adalah yang paling singkat, 5 semester sebelum ni aku dan Danny tidak pernah ada Junior. Maksudnya, junior dalam bilik. Sebab tak pernah ada peluang, dan kami hidup dengan rakan-rakan satu batch.

Kali ini, memang terasa lainnya dengan ada mereka di bilik. Walaupun aku baru je pindah masuk bilik danny, dan penduduk tetap bilik tu dah jadi 5 orang, aku tak pernah rasa bilik tu sempit dan semak dengan kehadiran mereka.

Malah aku rasa suka dengan mereka. Danny yang tak pernah tahu perasaan ada roomate pon selalu ceria dengan budak-budak ni. Walaupun aku tak pernah sebilik dengan Danny sebelum ni, aku tahu bagaimana dia ekspresikan penghargaan dengan roomate yang ada. Yang penting, aku tahu dia senang dengan mereka.

Bilik tu tak pernah kosong, walaupun berpenghuni seramai 5 orang, Aku, Danny, Tebes, Itik dan Doy... rasanya tak pernah kosong dengan kelibat penghuni lain. Memang selalunya ada yang datang melepak, dan aku tak pernah merasakan mereka adalah beban.

Kadang-kala bila nak tido, memang budak2 junior ni jadi bahan kitorang. Tebes memang selalu jadi mangsa buli, sebab dia memang best kitorang buli..hahahaha. Budak yang paling respect kami, kadang-kadang manja gak.

Tebes dan Itik


Itik lak, jadik partner aku nak buli budak, habis semua orang dia nak kacau. Muka macam gangster, jelingan penuh duka dendam lara, TAPI hati macam kaca!

Doy

Doy, manusia yang paling pelik aku jumpa, tido pon boleh senyum, pastu DEGIL! aku cakap banyak kali, kalau balik, bawak selimut, takdelah tido macam udang! tapi takde mane dia dengar. Dia ni paling best bila aku kejar dia dengan tulang ayam. huhuhuhu

.....

Masa memang banyak berlalu, sekarang aku dan Danny takkan ada lagi dengan kamu. Kami dah pindah. Korang lak kena jaga diri elok-elok. Yang aku tahu korang memang best.

JAP, Danny pesan one thing.. BILIK TOLONG SENTIASA KEMAS! walaupun kitorang takde! SEBABNYA, kitorang tak ajar korang jadik pengotor!

HIDUP JANGAN BERKIRA

TOLONG SELAGI MAMPU

HATI KENA BERSIH

paling penting

SOLAT JANGAN TINGGAL!

.....

Aku teringat tentang keluhan Danny, saat-saat akhir semester. "Kita dah nak grad, budak-budak ni baru je kenal, dah nak kena tinggal" Rasanya hari-hari dia cakap dengan aku. Dan aku sebenarnya hadapi benda yang sama. Perasaan yang sama, dan aku tetap kenang mereka.

Danny, selalu mengeluh tatkala sayangnya dia pada budak-budak level. Yang mana memberi dia seribu satu kenangan dan bakal meninggalkan seribu-satu kerinduan.

Aku hadapi benda yang sama, konflik yang sama. Aku tahu, memang aku tetap akan merindui mereka.

Danny, kita suka ke tak suka ke tetap kena tinggalkan diorang gak. Aku tahu, diorang akan jadi 'MANUSIA' dan bukan setakat jadi 'ORANG'.

Aku harap sangat, suatu hari nanti, kalau aku tak bersua dengan mereka, aku akan tetap jumpa mereka samada di akhbar, atau di kaca tv sebagai 'MANUSIA'. Dan tatkala itu, aku dan Danny boleh mendabik dada mengatakan "MEREKA RAKAN SEBILIK KAMI"

Salam jumpa lagi.

hari ni aku tamat

hari ni aku tamat diploma...diploma je pun..tapi kenangan terlalu banyak di Melaka..memang UiTM melaka mengajar aku seribu satu perkara, dari yang baik sehingga yang buruk.

Hari ni, aku rasa aku akan merindui Melaka...Merindui saat-sat bersama roomate aku, Tebes, Itik, dan Doy...aku bakal merindui saat bergurau senda ber sama junior, yang mana aku selalu tarik boxer dan towel mereka kalau nak pergi mandi. Hahahaha..

Aku bakal merindui saat gelak tawa bersama Junior Mass com ku, Padin, Atul, Alisa, Amirul, dan ramai lagi yang mana aku tak tahu nak sebut dalam ni...(siapa yang aku tak sebut jangan terasa hati, ramai sangat)

Aku juga akan merindui saat berdebat bersama pasukan debat yang lain, bergelak ketawa, bermesra dan beramah...

Aku juga bakal merindui saat sedih yang aku lalui di Melaka..

Aku bakal merindui Lecturer2 yang mengajar ku, terutamanya Miss Wan Azfarozza dan Miss Faidul Maisarah...

Aku bakal merindui saat bersama teman-teman di kolej, saat induction budak2 part 1, saat kena kejar bila diorang 'Mandi Bunga', saat cemas sorok rokok kalau pak guard naik..

Aku akan merindui saat MMS, menjaga MMS, kerana aku rasakan tanggungjawab aku dan perjuangan aku dalam menyedarkan anak bangsa masih lagi belum habis....

Aku akan merindui segala teman-teman di course lain, yang membuka mataku tentang dunia mereka, dan bukan sahaja terlindung dengan duniaku

Aku bakal merindui saat bertukar pendapat tentang politik, bersama Suhail, Zamir, Khairul Azizi, dan Abang Long..

Aku rindukan keadaan itu, dan aku tahu hidup aku di Melaka ini tersisa...

Aku bakal rindukan Melaka...

Kadangkala aku rindukan saat susah aku di Melaka, dimana aku akan makan maggi selama dua atau tiga hari berturut-turut...Kerana aku segan nak mintak duit dengan abah..sebab aku selalu rasa aku ni menyusahkan dia

Aku bakal rindukan teman-teman aku yang bersama ketika XFM, Ari, Dilla, Dayah, Spanky, Ady, Syaza dan Reshad..terima kasih kerana banyak membantuku..

Aku akan rindukan classmate ku, walau aku tahu aku selalu ponteng kelas :P

Aku bakal rindukan semuanya..dan aku terlalu berharap yang saat-saat ini akan turut ada ketika aku di Shah Alam..

Aku terlalu rindukan segalanya..

dan aku memang sedar..Hidup aku di Melaka memang tersisa...

Buat teman yang membantu ku saat aku hiba, tertekan, stress, hilang punca...mereka benar2 membantu ku..

Aku pasti, aku bakal rindukan teman2 si Naipok... dengan Aliya yang selalu aku kacau..

Para junior Tesl, yang sentiasa buat aku tersenyum..

Aku tak tahu nak tulis apa..kerana aku terlalu rindukan semua..

TERIMA KASIH kerana membantuku di Melaka..

buat mereka yang ada di Melaka...aku bakal merindukan kamu

memang satu kenangan di Melaka..

Terima kasih sekali lagi..

Cerita si Janggut dan balik raya

Situasi Satu:

Hari raya semakin hampir, tatkala itu semua pelajar sedang sibuk mencari tiket untuk pulang ke rumah. Aku tidak terkecuali. Walaupun jarak antara Melaka dan Kuala Lumpur tidak jauh, satu masalah jikalau akau tidak mendapat tiket balik. Tiket menjadi kerisauan untuk semua pelajar. Ada yang gigih membeli tiket dua minggu awal, semata-mata untuk mendapat tempat pulang ke kampung. Ada juga yang menunggu saat akhir, dek kerana Test dan Quiz yang ada tertangguh ataupun ditempatkan di saat sebelum cuti raya. Ramai kebingungan kerana desakan masa mencari tiket.

Aku sedang duduk bersandar ketika itu, masih lagi merisaukan diri dengan masalah untuk mencari tiket. Asap rokok disedut dalam, tika saat lepas berbuka puasa. Merenung, "mana nak cari tiket balik..." kerisauan. Mungkin boleh aja aku menumpang mana-mana kereta kawan ku yang masih kosong, cumanya aku terpaksa menyusun kembali jadualku agar sama dengan mereka supaya senang untuk pulang. Danny juga kerisauan, tapi kami tidaklah hilang arah. Sekadar risau, dan mencari penyelesaian.
Seperti kebiasaan memang bilikku ini menjadi tempat junior dan kawan-kawan yang lain untuk melepak dan bersembang. Sedang aku dan Danny duduk-duduk, masuk Janggut tersenyum lega. Tika itu pula, orang lain sibuk bersembang untuk balik raya. Frankie pulang ke Kuala Pilah, Shad pula menumpang temannya balik ke Putrajaya, dan yang lain juga menceritakan kemeriahan dan kesungguhan untuk pulang raya. Buat yang tiada tiket, semuanya kerisauan.

Janggut masih tersenyum mesra, dia bertanyakan kepada Danny, bilakah Dannya akan pulang ke Ipoh. Lalu, bertanyakan kepada Wak, dan Khalis. Aku mampu tersenyum lalu aku celah.

"Kau balik ni camner? happy semacam jerk" aku bertanya

"Happylah, dah boleh balik raya!" Janggut menjawab dengan nada selamba.

"waah! confident, kau balik naik apa? Kau tahu tak tiket semua dah habis?"

"Alaaa, aku tumpang member aku. Dia ajak, so balik ar sekali"

"Member kau laki ke pompuan?"

Janggut gelak sebentar

"Dengan pompuan ar! Mane ada lelaki!"

"Good for you...tahniah sebab dapat balik, aku ni pon pening gak" aku menjawab hampa

"Hehehehe, budak tu duduk dekat dengan rumah aku, boleh lah balik sekali" dengan nada berlagaknya.

Aku tersenyum bangun, lalu bingkas bangun mengambil wuduk untuk menjalani ibadah maghrib. Danny masih lagi duduk menyedut rokok. Lalu Janggut terus bercerita tentang keseronokannya untuk balik sedangkan teman-teman yang lain ada yanng kebingungan.

Situasi Dua:

Danny menyorot asap rokok lagi. Kali ini, kami baru berbuka. Mujur Suhail dapat membantu. Keretanya kosong, mujur kami boleh menumpang sama ke KL, Danny pula sudah ada tiket balik ke Ipoh. Lega sikit hati aku. Budak-budak yang lain pula ada yang sudah ada tiket dan jalan untuk pulang ke kampung. Jadi masing-masing tidak kerisauan. Aku hembus asap rokok. Berkepul-kepul kelegaan untuk pulang nanti. Kalau tidak, mahu aku tinggal keseorangan di level tanpa teman. Level aku sudah mulai kosong. Ramai yang sudah pulang minggu lepas. Al-maklumlah, kelas habis awal.

Tiba-tiba, Janggut masuk ke bilik. Mukanya sedikit mencuka. Aku biarkan aja. Dia duduk diatas kerusi itu seolah-olah orang hilang arah. Lalu bertanya

"Nanti, kau balik macamana?"

"Aku balik dengan Danny, tumpang member kitorang apsal?"

"Kau tanya member kau, ada kosong lagi tak?"

"Eik? naper pulak bukan semalam kau cakap kau balik dengan member kau ke?"

"Tader, member aku tak jadi. Aku kena cari tiket balik..."

"Pulak...kau ingat senang ke dapat tiket sekarang. Aku trylah, tapi tak Janji"

"Nanti aku update dengan kau tau"

"Oklah..."

Janggut berlalu pergi. Danny dan aku memandang antara satu sama lain.

Danny- Bukan dia bukan main beriya ke nak balik aritu? Kata balik dengan awek lah..ape lah...

Aku- A ah, entah dia tu. Tah kenapa tah tak jadik. Ada problem kot. Budak perumpuan tu barang banyak kot...

Danny- Mungkinlah jugak...tapi kereta Suhail dah penuh

Aku- Takpelah, nanti aku cakap dengan dia


Situasi Tiga:

Khalis, Aku dan Wak duduk di hujung koridor. Tika ini masih lagi cerita yang sama. Cerita balik raya. Tiba-tiba Khalis bercerita tentang Janggut yang bertukar plan saat akhir. Aku juga mencelah. Kesian jugak budak Janggut ni. Kang tak dapat balik raya lak kang. Wak tersenyum, "a ah, haritu bukan main lagi cerita nak balik. Skang cerita tak dapat balik pulak"

Janggut sampai

Aku- Haa, panjang umur apsal kau tak dapat balik ha?

Janggut- Budak tulah, janji nak balik sama tapi tak dapat.

Wak- Yelah, tapi kenapa tak dapat?

Khalis- A ah, apsal?

Janggut- Budak tu cakap, makcik dia tak jadi ambik. Nak pakai kereta buat katering lah, buat meniagalah. Nak buat camner.

Aku- Habis kau ni dapat tiket ke tak? member aku dah penuh

Janggut- Tengah cari lagi. Nanti dapat kot.

Wak- Budak pompuan tu balik camner?

Janggut- Budak tu cakap, makcik dia datang amik jugak

Khalis- Tumpang jelah!

Janggut- Cammaner nak tumpang! Makcik budak tu amek naik motor!

Kami terkesima sekejap, lalu gelak berdekah-dekah. Memang tak boleh nak bayangkan situasi macam tu!

Janggut berlalu pergi.

Imaginasi:

Wak- Cuba kau bayangkan, Janggut balik jugak dengan budak tu sekali dengan makcik dia naik motor!

Khalis- Tak susah! Janggut cukur janggut dan misai dia, duduk dalam bakul!

Wak- Bayangkan dia pakai helmet budak kecik, yang kat telinga tu besar sikit!

Aku- Confirm aku gelak! Logik ke balik KL dari Melaka naik motor? Tak kematu pulak bontot duduk atas bakul!

Khalis- Mujur dapat duduk atas bakul, buatnya duduk atas ekzos!

Wak- Tak boleh blah! sumpah!


Situasi Empat:

Janggut kembali kepada kami, Muka sedikit lega.

Aku- Camner kau balik? dah ada tiket?

Khalis- Dah, budak wing sebelah jual. Hari khamis bas kul 10

Wak- Nasik baik boleh balik! Aku bayangkan kau balik duduk dalam bakul!

Janggut mencuka. Cuba bayangkan, kalau Janggut memang balik dengan budak tu berserta makciknya. Naik motor 3 orang, dari Melaka sampai KL! Confirm aku gelak seminggu. Ni semua raya punya pasal.


p/s: buat Janggut, jangan marah dengan post ni. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN!

tweet

Dan Aku Kembali Menulis

Blog ini adalah escapism aku dari dunia luar. Mungkin pendekatan aku agak berbeza dari mereka yang lain. Tapi, melalui medium ini jualah aku cuba sampaikan.

Sehaluan