Selipar dan Masjid




Salam diberi, kemudian doa diaminkan. Aku bangun berjalan kebelakang dewan. Menoleh kebelakang dan aku lihat ada lagi jemaah masih lagi bersalaman. Jemaah Isyak masih lagi tidak seramai jemaah jumaat. Kadangkala aku hairan, hampir kesemua masjid begitu. Solat fardhu yang lain tidak sampai separuh masjid pon penuh, tapi kalau solat Jumaat, melimpah hingga ke jalan besar.

Hujan turun renyai, abah berjalan kearahku dan aku tetap menunggu. Suasana sejuk di masjid itu kadangkala menggigit kulitku, tambahan pula hujan meratap tiap-tiap hari kini. Aku meneruskan langkahku perlahan, kelihatan abah bersalaman dengan rakannya di masjid dan berbual kosong.

Tiap-tiap langkah aku teruskan, untuk mencapai selipar. Takut hilang. Dan abah berjalan menggapai selipar bersama rakannya.

Aku lihat ada seorang budak meluru ke masjid. Berlari-lari anak. Aku pelik bercampur hairan dan berbaur ajaib. Kalau dia meluru untuk mengejar saf berjemaah, solat Isyak jemaah baru saja selesai, dah siap aminkan doa pon. Kalau dia nak ke tandas, jauh di hujung masjid, bukan di dewan utama. Rasanya hampir semua masjid begitu.

Budak tu masih lagi berlari meluru ke arah aku yang sedang memakai selipar. Dan dia berlari anak laju memakai selipar, berlari kearah marmar dihadapan dewan utama melintasi kawasan marmar, tempat larangan memakai selipar. Terus laju. Aku terkedu, jemaah lain turut menegur.

"Dik bukak selipar tu!"

Budak tu pakai juga

"Hey selipar!"

Dia buat bodoh juga

"Woi! tak tahu adap ke?"

Dia lari lagi hingga hampir ke jalan

"Hey, orang tegur buat bodo pulak"

Budak tu berhenti lalu, berpusing.

"Saya mau kija itu bus"

Abah bersuara

"Maafkanlah, dia tak tahu, dia bukannya Islam"

* * * *

Dalam kereta, abah tersenyum. "Biarlah budak tu, dia bukan Islam, tak guna pon kalau tangkap dan pukul, tegur cukuplah. Islam nikan cantik. Ada hadis Nabi, budak kencing dalam masjid, Nabi suruh biarkan. Semuanya bersebab, taknak kalau sahabat kejar, najis tu makin bersepah. Dalam hal budak ni, kalau orang nak marah terus pun tak guna. Dia bukannya Islam, dan dia tak faham. Tegur dia cara elok. Dia mungkin rushing tadi, nak kejar bus kat simpang tu, sebab tu kononnya ikut short cut. Tapi dia tak tahu adab masjid. Yang penting, kita tegur, kalau dia kurang ajar, itu perkara nombor dua"

* * * *

Tiba-tiba aku teringat tentang Perang Isu Kasut, penjajah putih yang kurang ajar masuk ke Tokong Buddha dengan memakai kasut. Menyebabkan kebangkitan rakyat untuk berperang dengan Penjajah putih.

Dengan kasut pon boleh berperang, nasib baik budak tu pakai selipar.

Masa (tribute to my roomates)


Kita sebenarnya tidak pernah ada masa yang cukup..

Kita sebenarnya selalu menyalahkan masa untuk segala macam bentuk yang menimpa. Dan kadangkala kita sedar, bukan masa yang patut dipersalahkan.

Rasanya kali ni kalau memandang dalam hidup aku, memang terlalu cepat masa berlalu. Dan aku rasa Danny tetap menyokong aku.

Semester kali ini adalah yang paling singkat, 5 semester sebelum ni aku dan Danny tidak pernah ada Junior. Maksudnya, junior dalam bilik. Sebab tak pernah ada peluang, dan kami hidup dengan rakan-rakan satu batch.

Kali ini, memang terasa lainnya dengan ada mereka di bilik. Walaupun aku baru je pindah masuk bilik danny, dan penduduk tetap bilik tu dah jadi 5 orang, aku tak pernah rasa bilik tu sempit dan semak dengan kehadiran mereka.

Malah aku rasa suka dengan mereka. Danny yang tak pernah tahu perasaan ada roomate pon selalu ceria dengan budak-budak ni. Walaupun aku tak pernah sebilik dengan Danny sebelum ni, aku tahu bagaimana dia ekspresikan penghargaan dengan roomate yang ada. Yang penting, aku tahu dia senang dengan mereka.

Bilik tu tak pernah kosong, walaupun berpenghuni seramai 5 orang, Aku, Danny, Tebes, Itik dan Doy... rasanya tak pernah kosong dengan kelibat penghuni lain. Memang selalunya ada yang datang melepak, dan aku tak pernah merasakan mereka adalah beban.

Kadang-kala bila nak tido, memang budak2 junior ni jadi bahan kitorang. Tebes memang selalu jadi mangsa buli, sebab dia memang best kitorang buli..hahahaha. Budak yang paling respect kami, kadang-kadang manja gak.

Tebes dan Itik


Itik lak, jadik partner aku nak buli budak, habis semua orang dia nak kacau. Muka macam gangster, jelingan penuh duka dendam lara, TAPI hati macam kaca!

Doy

Doy, manusia yang paling pelik aku jumpa, tido pon boleh senyum, pastu DEGIL! aku cakap banyak kali, kalau balik, bawak selimut, takdelah tido macam udang! tapi takde mane dia dengar. Dia ni paling best bila aku kejar dia dengan tulang ayam. huhuhuhu

.....

Masa memang banyak berlalu, sekarang aku dan Danny takkan ada lagi dengan kamu. Kami dah pindah. Korang lak kena jaga diri elok-elok. Yang aku tahu korang memang best.

JAP, Danny pesan one thing.. BILIK TOLONG SENTIASA KEMAS! walaupun kitorang takde! SEBABNYA, kitorang tak ajar korang jadik pengotor!

HIDUP JANGAN BERKIRA

TOLONG SELAGI MAMPU

HATI KENA BERSIH

paling penting

SOLAT JANGAN TINGGAL!

.....

Aku teringat tentang keluhan Danny, saat-saat akhir semester. "Kita dah nak grad, budak-budak ni baru je kenal, dah nak kena tinggal" Rasanya hari-hari dia cakap dengan aku. Dan aku sebenarnya hadapi benda yang sama. Perasaan yang sama, dan aku tetap kenang mereka.

Danny, selalu mengeluh tatkala sayangnya dia pada budak-budak level. Yang mana memberi dia seribu satu kenangan dan bakal meninggalkan seribu-satu kerinduan.

Aku hadapi benda yang sama, konflik yang sama. Aku tahu, memang aku tetap akan merindui mereka.

Danny, kita suka ke tak suka ke tetap kena tinggalkan diorang gak. Aku tahu, diorang akan jadi 'MANUSIA' dan bukan setakat jadi 'ORANG'.

Aku harap sangat, suatu hari nanti, kalau aku tak bersua dengan mereka, aku akan tetap jumpa mereka samada di akhbar, atau di kaca tv sebagai 'MANUSIA'. Dan tatkala itu, aku dan Danny boleh mendabik dada mengatakan "MEREKA RAKAN SEBILIK KAMI"

Salam jumpa lagi.

hari ni aku tamat

hari ni aku tamat diploma...diploma je pun..tapi kenangan terlalu banyak di Melaka..memang UiTM melaka mengajar aku seribu satu perkara, dari yang baik sehingga yang buruk.

Hari ni, aku rasa aku akan merindui Melaka...Merindui saat-sat bersama roomate aku, Tebes, Itik, dan Doy...aku bakal merindui saat bergurau senda ber sama junior, yang mana aku selalu tarik boxer dan towel mereka kalau nak pergi mandi. Hahahaha..

Aku bakal merindui saat gelak tawa bersama Junior Mass com ku, Padin, Atul, Alisa, Amirul, dan ramai lagi yang mana aku tak tahu nak sebut dalam ni...(siapa yang aku tak sebut jangan terasa hati, ramai sangat)

Aku juga akan merindui saat berdebat bersama pasukan debat yang lain, bergelak ketawa, bermesra dan beramah...

Aku juga bakal merindui saat sedih yang aku lalui di Melaka..

Aku bakal merindui Lecturer2 yang mengajar ku, terutamanya Miss Wan Azfarozza dan Miss Faidul Maisarah...

Aku bakal merindui saat bersama teman-teman di kolej, saat induction budak2 part 1, saat kena kejar bila diorang 'Mandi Bunga', saat cemas sorok rokok kalau pak guard naik..

Aku akan merindui saat MMS, menjaga MMS, kerana aku rasakan tanggungjawab aku dan perjuangan aku dalam menyedarkan anak bangsa masih lagi belum habis....

Aku akan merindui segala teman-teman di course lain, yang membuka mataku tentang dunia mereka, dan bukan sahaja terlindung dengan duniaku

Aku bakal merindui saat bertukar pendapat tentang politik, bersama Suhail, Zamir, Khairul Azizi, dan Abang Long..

Aku rindukan keadaan itu, dan aku tahu hidup aku di Melaka ini tersisa...

Aku bakal rindukan Melaka...

Kadangkala aku rindukan saat susah aku di Melaka, dimana aku akan makan maggi selama dua atau tiga hari berturut-turut...Kerana aku segan nak mintak duit dengan abah..sebab aku selalu rasa aku ni menyusahkan dia

Aku bakal rindukan teman-teman aku yang bersama ketika XFM, Ari, Dilla, Dayah, Spanky, Ady, Syaza dan Reshad..terima kasih kerana banyak membantuku..

Aku akan rindukan classmate ku, walau aku tahu aku selalu ponteng kelas :P

Aku bakal rindukan semuanya..dan aku terlalu berharap yang saat-saat ini akan turut ada ketika aku di Shah Alam..

Aku terlalu rindukan segalanya..

dan aku memang sedar..Hidup aku di Melaka memang tersisa...

Buat teman yang membantu ku saat aku hiba, tertekan, stress, hilang punca...mereka benar2 membantu ku..

Aku pasti, aku bakal rindukan teman2 si Naipok... dengan Aliya yang selalu aku kacau..

Para junior Tesl, yang sentiasa buat aku tersenyum..

Aku tak tahu nak tulis apa..kerana aku terlalu rindukan semua..

TERIMA KASIH kerana membantuku di Melaka..

buat mereka yang ada di Melaka...aku bakal merindukan kamu

memang satu kenangan di Melaka..

Terima kasih sekali lagi..

Cerita si Janggut dan balik raya

Situasi Satu:

Hari raya semakin hampir, tatkala itu semua pelajar sedang sibuk mencari tiket untuk pulang ke rumah. Aku tidak terkecuali. Walaupun jarak antara Melaka dan Kuala Lumpur tidak jauh, satu masalah jikalau akau tidak mendapat tiket balik. Tiket menjadi kerisauan untuk semua pelajar. Ada yang gigih membeli tiket dua minggu awal, semata-mata untuk mendapat tempat pulang ke kampung. Ada juga yang menunggu saat akhir, dek kerana Test dan Quiz yang ada tertangguh ataupun ditempatkan di saat sebelum cuti raya. Ramai kebingungan kerana desakan masa mencari tiket.

Aku sedang duduk bersandar ketika itu, masih lagi merisaukan diri dengan masalah untuk mencari tiket. Asap rokok disedut dalam, tika saat lepas berbuka puasa. Merenung, "mana nak cari tiket balik..." kerisauan. Mungkin boleh aja aku menumpang mana-mana kereta kawan ku yang masih kosong, cumanya aku terpaksa menyusun kembali jadualku agar sama dengan mereka supaya senang untuk pulang. Danny juga kerisauan, tapi kami tidaklah hilang arah. Sekadar risau, dan mencari penyelesaian.
Seperti kebiasaan memang bilikku ini menjadi tempat junior dan kawan-kawan yang lain untuk melepak dan bersembang. Sedang aku dan Danny duduk-duduk, masuk Janggut tersenyum lega. Tika itu pula, orang lain sibuk bersembang untuk balik raya. Frankie pulang ke Kuala Pilah, Shad pula menumpang temannya balik ke Putrajaya, dan yang lain juga menceritakan kemeriahan dan kesungguhan untuk pulang raya. Buat yang tiada tiket, semuanya kerisauan.

Janggut masih tersenyum mesra, dia bertanyakan kepada Danny, bilakah Dannya akan pulang ke Ipoh. Lalu, bertanyakan kepada Wak, dan Khalis. Aku mampu tersenyum lalu aku celah.

"Kau balik ni camner? happy semacam jerk" aku bertanya

"Happylah, dah boleh balik raya!" Janggut menjawab dengan nada selamba.

"waah! confident, kau balik naik apa? Kau tahu tak tiket semua dah habis?"

"Alaaa, aku tumpang member aku. Dia ajak, so balik ar sekali"

"Member kau laki ke pompuan?"

Janggut gelak sebentar

"Dengan pompuan ar! Mane ada lelaki!"

"Good for you...tahniah sebab dapat balik, aku ni pon pening gak" aku menjawab hampa

"Hehehehe, budak tu duduk dekat dengan rumah aku, boleh lah balik sekali" dengan nada berlagaknya.

Aku tersenyum bangun, lalu bingkas bangun mengambil wuduk untuk menjalani ibadah maghrib. Danny masih lagi duduk menyedut rokok. Lalu Janggut terus bercerita tentang keseronokannya untuk balik sedangkan teman-teman yang lain ada yanng kebingungan.

Situasi Dua:

Danny menyorot asap rokok lagi. Kali ini, kami baru berbuka. Mujur Suhail dapat membantu. Keretanya kosong, mujur kami boleh menumpang sama ke KL, Danny pula sudah ada tiket balik ke Ipoh. Lega sikit hati aku. Budak-budak yang lain pula ada yang sudah ada tiket dan jalan untuk pulang ke kampung. Jadi masing-masing tidak kerisauan. Aku hembus asap rokok. Berkepul-kepul kelegaan untuk pulang nanti. Kalau tidak, mahu aku tinggal keseorangan di level tanpa teman. Level aku sudah mulai kosong. Ramai yang sudah pulang minggu lepas. Al-maklumlah, kelas habis awal.

Tiba-tiba, Janggut masuk ke bilik. Mukanya sedikit mencuka. Aku biarkan aja. Dia duduk diatas kerusi itu seolah-olah orang hilang arah. Lalu bertanya

"Nanti, kau balik macamana?"

"Aku balik dengan Danny, tumpang member kitorang apsal?"

"Kau tanya member kau, ada kosong lagi tak?"

"Eik? naper pulak bukan semalam kau cakap kau balik dengan member kau ke?"

"Tader, member aku tak jadi. Aku kena cari tiket balik..."

"Pulak...kau ingat senang ke dapat tiket sekarang. Aku trylah, tapi tak Janji"

"Nanti aku update dengan kau tau"

"Oklah..."

Janggut berlalu pergi. Danny dan aku memandang antara satu sama lain.

Danny- Bukan dia bukan main beriya ke nak balik aritu? Kata balik dengan awek lah..ape lah...

Aku- A ah, entah dia tu. Tah kenapa tah tak jadik. Ada problem kot. Budak perumpuan tu barang banyak kot...

Danny- Mungkinlah jugak...tapi kereta Suhail dah penuh

Aku- Takpelah, nanti aku cakap dengan dia


Situasi Tiga:

Khalis, Aku dan Wak duduk di hujung koridor. Tika ini masih lagi cerita yang sama. Cerita balik raya. Tiba-tiba Khalis bercerita tentang Janggut yang bertukar plan saat akhir. Aku juga mencelah. Kesian jugak budak Janggut ni. Kang tak dapat balik raya lak kang. Wak tersenyum, "a ah, haritu bukan main lagi cerita nak balik. Skang cerita tak dapat balik pulak"

Janggut sampai

Aku- Haa, panjang umur apsal kau tak dapat balik ha?

Janggut- Budak tulah, janji nak balik sama tapi tak dapat.

Wak- Yelah, tapi kenapa tak dapat?

Khalis- A ah, apsal?

Janggut- Budak tu cakap, makcik dia tak jadi ambik. Nak pakai kereta buat katering lah, buat meniagalah. Nak buat camner.

Aku- Habis kau ni dapat tiket ke tak? member aku dah penuh

Janggut- Tengah cari lagi. Nanti dapat kot.

Wak- Budak pompuan tu balik camner?

Janggut- Budak tu cakap, makcik dia datang amik jugak

Khalis- Tumpang jelah!

Janggut- Cammaner nak tumpang! Makcik budak tu amek naik motor!

Kami terkesima sekejap, lalu gelak berdekah-dekah. Memang tak boleh nak bayangkan situasi macam tu!

Janggut berlalu pergi.

Imaginasi:

Wak- Cuba kau bayangkan, Janggut balik jugak dengan budak tu sekali dengan makcik dia naik motor!

Khalis- Tak susah! Janggut cukur janggut dan misai dia, duduk dalam bakul!

Wak- Bayangkan dia pakai helmet budak kecik, yang kat telinga tu besar sikit!

Aku- Confirm aku gelak! Logik ke balik KL dari Melaka naik motor? Tak kematu pulak bontot duduk atas bakul!

Khalis- Mujur dapat duduk atas bakul, buatnya duduk atas ekzos!

Wak- Tak boleh blah! sumpah!


Situasi Empat:

Janggut kembali kepada kami, Muka sedikit lega.

Aku- Camner kau balik? dah ada tiket?

Khalis- Dah, budak wing sebelah jual. Hari khamis bas kul 10

Wak- Nasik baik boleh balik! Aku bayangkan kau balik duduk dalam bakul!

Janggut mencuka. Cuba bayangkan, kalau Janggut memang balik dengan budak tu berserta makciknya. Naik motor 3 orang, dari Melaka sampai KL! Confirm aku gelak seminggu. Ni semua raya punya pasal.


p/s: buat Janggut, jangan marah dengan post ni. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN!

Semalam 11 September


Semalam 11 september, satu tarikh yang amat menyakiti semua pihak. Menyakiti semua orang didunia. Mungkin pada mereka yang tidak mengambil peduli, tragedi hari ini pada lapan tahun lalu hanyalah suatu kejadian semata-mata. Dan pada mereka yang tidak mengambil peduli, mereka akan tetap bersatu dan bersekongkol bersetuju dengan pandangan si Amerika mengatakan bahawa itu adalah kesan dari pengganas Islam. Yang lebih baik lagi, ada juga orang Islam yang menuduh bangsanya sendiri pengganas. Siapa yang pengganas? Mana bukti yang mengatakan Islam adalah pengganas?


Tanggal 11 september ini betul-betul mengubah sejarah dunia. Dengan adanya 11 September, wujudnya perang terbaru dunia "Peperangan Memerangi Pengganas" yang didadalangi oleh si Syaitan Amerika. Demi kononnya mencari Osama Bin Laden, beliau memerangi Afghanistan, dan kononnya ingin membebaskan Afghanistan dari cengkaman pengganas Al-Qaeda, lalu beliau terus menyerang Iraq, yang kononnya ingin melepaskan Iraq dari cengkaman si kuku besi Saddam Hussein. Dan lebih lawak dan menggeli hati lagi, apabila masih ramai umat islam di luar sana masih menuduh bahawa Al-Qaeda adalah dalang. Afghanistan merdeka dari pengganas. Dan Iraq bebas dari si Kuku Besi. Hakikatnya, kesan dari peperangan itu, Amerika telah berjaya meruntuhkan pemerintahan Islam di Afghanistan, hasil emas hitam Iraq di kaut si Amerika sehingga mereka berjaya mengawal harga minyak dunia. dan Amerika masih lagi ingin menakluk dunia menunnjukkan kekuasaaannya.

Semalam 11 September, ketika bangunan WTC itu runtuh, Moral masyarakat Islam juga jatuh. Disinilah titik punca dimana umat Islam dicaci dan dicerca. Disinilah umat Islam dituduh tanpa soal bicara. Buat mereka yang berada dibarat, mereka pastinya tahu bagaimana keadaan di tahan oleh imigresen yang kononnya melabel mereka sebagai pengganas. Umat Islam digambarkan melalui barat sebagai seorang manusia yang berjubah labuh, berjanggut, berserban, memegang pedang di tangan kanan dan kepala manusia ditangan kiri. Sampai begitu sekali tanggapan mereka terhadap Islam. Hanya dengan labelan fitnah si Syaitan Amerika yang melabel Islam pengganas. Sehingga wujud satu label, "Muslim terrorist". Sedangkan didalam Islam tidak pernah menggalakkan keganasan. Dan menurut Sejarah Islam, antara pesanan yang Rasulullah S.A.W pernah sampaikan ketika ingin berperang. "
1. Jangan menebang pokok
2. Jangan meruntuhkan bangunan
3. Jangan membunuh wanita, orang tua, dan kanak-kanak
.........(dan yang lain-lain)

Banyak perkara Islam boleh tunjukkan betapa mulianya Islam dan berapa penafian terhadap signifikan Muslim Terroism itu adalah salah!

Wujud pula satu hal ISLAMOPHOBIA, didalam phobia jenis baru ini, umat ISLAM dirasakan sebagai suatu ancaman kepada masyarakat. Mereka dipulaukan, disisihkan lalu di ketepikan. Seolah-olah mereka menjadi suatu penyakit berjangkit berbahaya kalau didekati. ISLAMOPHOBIA, menyebabkan para-para imam dicemuh masyarakat dibarat, masjid-masjid dikepung, dilempar batu dan umat Islam seolah-olah hilang tampat berlindung.

Tidak habis lagi dengan ISLAMOPHOBIA, penyakit ini bukan sahaja wujud dengan mereka yang beragama selain islam! penyakit ini wujud juga diantara orang-orang Islam! Ramai orang Islam yang menuduh agama mereka sebagai pengganas dan sentimen Amerika itu benar! Ramai diantara mereka yang menyokong perjuangan Amerika memerangi negara-negara Islam! dan ramai diantara mereka yang mencemuh, tanpa memberi bantuan kepada umat-umat Islam. Semalam 11 september...

ISLAMOPHOBIA, betul-betul mengajar umat Islam berfikir dengan lebih matang dan berani. Nah bangkit Ahli Parlimen wanita Turki yang memakai hijab di parlimen kemudian dihalau, kerana tidak mahu membuka Hijabnya. Nah, di Perancis penduduk Islam di sana masih lagi berani memakai Hijab walaupun mereka dicemuh seolah-olah berpenyakit kusta. Dan lebih hebat lagi, di negara-negara yang dahulunya mencemuh Islam, pendapat mereka tentang Islam telah berubah, dimana umat Islam menunjukkan betapa lembutnya Islam betapa cantiknya Islam, lalu membuka mata kepada pencemuh dan menyebabkan mereka berfikir.

Semalam 11 September, setahun selepas kejadian itu, Green Day muncul dengan lagu mereka "wake me up when september ends" sebuah tamparan buat Amerika apabila rakyatnya langsung membantah tentang serangan terhadap negara-negara luar. Mereka seolah-olah mahu tidur ketika bulan september, untuk menutup mata dan telinga dan tidak mahu menghadapi perasaan dan saat ketika bulan september. Benar, ramai yang pergi pada 11 september. Tetapi bukan siapa dalangnya menjadi masalah, tetapi apa puncanya perlu diketahui. Rakyat Amerika tertampar dengan berita ini, Tentera-Tentera simpanan dikerah di Afghanistan dan Iraq. Kemudian tentera direkrut semata-mata mahu melepaskan tuntutan kehendak yang mahukan melihat Islam jatuh.

Pencarian 11 september tidak pernah mencapai hasil. Osama bin Laden masih bebas diluar sana. Umat Islam tidak jatuh dengan sewenang-wenangnya.

Semalam 11 September. Membuka mata dunia tentang peristiwa terulung yang menyebabkan Amerika ternganga, dan Islam tertampar. Tuntasnya, kita perlu banyak belajar melalui 11 September kerana Semalam adalah 11 September.

Semalam adalah Sejarah, Esok adalah Hadiah, dan hari ini adalah .............(anda isi, dan anda telusuri)

Mencari Arah

MANUSIA hidup dengan pelbagai arah. Dengan keadaan serba tahu, manusia sering mencari arah. Mencari hala tuju, dan kadangkala didalam pencarian arah itu yang membuatkannya tersesat. Didalam pencarian arah akan mengaitkan dengan identiti manusia. Menimbulkan ego manusia dan kadangkala membuatkan kita terleka bahawa siapa kita.

Arah menyebabkan manusia lebih tersusun dengan mencari panduan, dan tersalah arah, menyebabkan kita mencari-cari apakah arah yang sebenar. Ada juga tahu yang dia telah sesat namun dia leka dengan kesesatan. Ada yang tersesat namun berpatah balik. Tapi yang pasti arah menunjukkan siapa diri kita. Jalan mana yang kita pilih.

Kita perlu tahu, pemilihan jalan membentuk diri kita, jadi pilihlah jalan yang sebenar. Yang anda tahu mana baik-buruk, yang anda tahu mana liku dan kelok. Kerana jalan itulah yang menjadikan kita manusia.


Maaf

Kemaafan biasanya muncul tatkala hati rasa bersalah. Tapi ada juga kemaafan yang muncul selepas rasa memaafkan. dan kadangkala ada juga memberi maaf bila dipaksa. Tapi, nyatanya maaf itu besar impaknya. Inilah maaf. Maaf boleh merubah seribu satu persepsi manusia. Adakala maaf ini merendahkan ego manusia, sehingga menampakkan betapa ikhlas nya hati seseorang itu. Itulah cahaya kemaafan.

Mungkin ramai orang tertanya-tanya dan menyatakan.apakah keadaan maaf?

Buat Mereka Bergelar Melayu

Malique- Layu


Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai



Aku tersedar dari tidur. Tika itu didalam bas, dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Sedang waktu itu, sajak ini diputarkan melalui telefon bimbitku. Aku terkesima. sedih bercampur duka, sangat sedih. Ya, mungkin pada waktu ini ramai sahaja yang menggelakkan aku, terlalu obses dengan perjuangan bangsa. Aku tidak obses, bukak aku yang obses dan aku galas ini sebagai tanggungjawab. Kalau bukan aku yang sibuk bercerita panjang mengenai bangsa, kalau bukan aku yang hanya sanggup berdiri untuk bangsa siapa lagi? Tidak ramai.

Ya, aku akan dilabel sebagai sentimen perjuangan politik melalui posting ini. Betul, aku selalu dilabel begitu. Tapi tulus dalam hati aku, tak pernah terlintas untuk aku mempolitikkan sentimen ini. Betul, ini memang ketuanan. Tapi, sedar atau tidak, sampai bila lagi bangsa kita akan begini?

Buat Melayu yang sedang membaca artikel ini. Mungkin kamu tidak sedar siapa kamu, atau hanya tahu kamu berbangsa Melayu, sedang dalam tiap-tiap hari, kamu bergerak sebagai Melayu, kamu sedar ataupun tidak ramai bangsa kamu itu menjual maruah bangsanya? Sedar ataupun tidak tentang hari-hari yang ada ini, Bangsa kamu han ya disuap semata? Betul kata Malique, "orang berbudi, kita hanya tahu merasa". Berapa ramaikah dari Bangsa kamu yang sedar tentang perkara ini?

Apakah hakikat realiti Melayu kini? Dipenuhi dengan hasad dengki? Dipenuhi dengan cemburu dan iri hati? Bergelak dengan tawa sambil menumpaskan bangsa sendiri? Yang diatas mencemuh dibawah, yang dibawah mencaci diatas. Sedang dalam hakikat Melayu ini makin layu, hari demi hari. Aku lihat suasana ini tiap-tiap hari. Aku rasa perkara ini tiap-tiap hari. Dan aku yakin kamu juga sedar. Sampai bilakah Melayu ini harus disuap? Sedang dalam hakikat bangsa-bangsa lain semua sedang tekad berjuang untuk maju. Dan apakah yang Melayu lakukan? Cuma berceloteh "ah, biarlah mereka, mereka cuma terlalu taksub dengan bangsa sendiri!". Sedang pada itu, Melayu ini hanya selalunya duduk diam sahaja memerhati bangsa lain lebih maju. Sehingga satu tahap, dengki.

Buat, Melayu. Bukan aku bermain dengan api. Bukan aku hendak timbulkan rasa benci terhadapat bangsa sendiri. Tidak. Tentu sekali tidak. Kerana cinta aku kepada bangsa inilah perkara ini wujud. Aku tidak mahu satu hari nanti aku lihat bangsa ku runtuh dek kerana kebodohan bangsaku sendiri. Aku tidak mahu melihat bagaimana bangsaku dipijak, dibonekakan oleh orang luar dek kerana dengki yang wujud terhadap bangsa sendiri. Sedarlah, kamu ada jawapannya. Dunia telah melihatkan bagaimana jatuhnya sebuah negara yang dahulunya hebat, dan kini tinggal puing sahaja. Bagaimana bangsa Iraq merana, dalam si negara asing mengambil peluang mempergunakan mereka lalu menjatuhkan mereka. Fikirlah, takkanlah kita mahu menjadi begitu. Fikirlah.

Ada juga yang membantah perjuangan aku ini. Dari bangsa aku sendiri. Katanya, Agama melarang kita untuk terlalu taksub kepada bangsa sendiri. Itu membawa kepada semangat Ashabiah. Kawan, perkara paling mudah kita patut fikirkan dalam bumi Malaysia ini. Dalam negara ini, majoritinya adalah Melayu, dan takrifan Melayu sendiri adalah Islam, sedang nama Melayu ini membawa nama Islam sedag jatuh, tenggelam ataupun leka. Takkanlah kita mahu biarkan? Mahu nama Melayu ini menggadai maruah Islam? Lihat, di kelab-kelab Malam, si Melayu Islam jualah pemenuh tempat mereka. Didalam negara ini juga Melayulah yang ramai tergendala. Sampai bila kawan? Sampai bila kita mahu melihat Bangsa ini menggadai maruah agama? Sampai bila? Kawan, kita sama-sama fikirkan.

Terus dari dahulu kita pernah melihat bangsa kita maju. Mencipta satu tamadun yang gah sehingga seluruh dunia memandang. Lalu, datang orang luar, dengan sekejap sahaja meruntuhkan kita. Lalu tamadun itu hanya menjadi sejarah lalu kita agungkan. Dahulu kita pernah mencipta tamadun. Tapi, hakikatnya, bilakah pula kita yang akan mencipta tamadun? Bilakah kita akan gah seperti dahulu? Masa apakah yang menunjukkan kita adalah bangsa perkasa seperti dulu? Ataupun kita mahu melihat bangsa kita seperti satu sejarah? Tanpa kita membuat apa-apa. Kita fikirkan.

Memang hakikat kita tinggal didalam negara majmuk dan berbilang kaum, tapi kawan. Dalam hakikat itu, cuba intai sendiri bangsa kita. Ada sahaja yang masih lagi bersifat perkauman, ada sahaja yang mendengki sesama bangsa sendiri. Ada sahaja yang membiarkan diri sendiri terabai. Ada sahaja yang mengharapkan bantuan subsidi dari kerajaan. Ada sahaja yang tidak mahu maju kerana rasa diri sudah memadai. Ada sahaja yang mahukan keadaan lebih baik tapi tidak pernah berusaha. Kawan, sampai bila? Kita sama-sama fikirkan.

Aku tidak politikkan ketuanan ini. Aku perjuangkan Kesedaran. Supaya bangsa aku lebih maju. Aku tahu ramai dari bangsa aku juga menentang. Tapi kawan, aku doakan kau juga sedar. Apakah hakikat, dan bilakah kita akan maju.

Hakikatnya, bangsa ini sudah hampir hilang taringnya. Budi bahasa yang dibanggakan hampir puput, diganti dengan kekurang hajaran yang ada sesama kita. Sifat hormat menghormati makin hilang. Jiran-jiran tidak ditegur sapa. Sifat dengki dan cemburu makin merajai. Sifat membangga diri tidak tentu hala makin disembah. tolonglah. Ayuh kita berubah.

Kawan. Aku merayu, jangan benci aku. Mari kita tolong bangsa kita. Aku merayu



Nombor Satu

Pernah tak kita terfikir untuk jadi yang nombor satu?


Si Nombor Satu ini adalah segalanya, dialah Wira, dialah pujaan, tatkala didalam majlis, dialah "spot of attention", bila di dalam kem dialah pujaan. Nah, sebut saja namanya, dialah si Nombor Satu, habis semua gadis tergilakannya. Sanggup menggadai nyawa, sanggup bergolok bergadai, sanggup bermasam muka, hanya kerana si Nombor Satu.

Angka satu merupakan satu abjad yang paling gah. Dialah permulaan, dialah tonggak, dialah harapan, dialah segalanya, dan kadangkala apabila si Nombor satu ini berada di lingkungan ramai, ada saja orang yang tidak puas hati. Kerana dia si Nombor Satu. Ada juga perasaan iri hati yang muncul oleh orang-orang yang lain, kerana mereka menjadi si Nombor Dua, Tiga, Empat dan seterusnya.

Kita lihat saja realiti dunia, ada saja si Nombor Satu ini dimana-mana. Kalau di Power Rangers 1st Season, dialah si Power Rangers Merah, Justin. Kalau kita lihat didalam X-men, dialah Cyclops, lihat saja didalam Panglima Melayu, dialah Tuah, jenguk pada filem, dialah wira.
Kita sudah terbiasa dengan si Nombor Satu.

Ada juga perasaan dari si Nombor-Nombor yang lain, lebih baik saja aku si Nombor Dua. Masih lagi wira, tapi merendah diri, masih lagi dikenali cuma kurang, masih lagi pujaan cuma tidak melampau, masih lagi "spot of attention" tapi 2nd. Dan dia cuma yang kedua dalam segalanya.

Hal ini kita dapat lihat seperti Power Rangers Biru, Billy, yang menjadi Mastermind dalam segalanya, tapi Justin yang melakukannya. Ataupun Wolverine, yang lebih matang, tapi Cyclops yang lebih kacak mendapat nama. Mahupun Si Jebat, bertarung bagai nak gila, Tuah yang diangkat. Ini adalah kerana dia si nombor dua.

Bagaimana pula dengan si Nombor yang lain? Tiga, Empat, Lima, Enam dan seterusnya? Mereka tidak dendam, mereka juga tidak dengki, cuma ada iri hati. Ingat, tak semestinya Iri hati itu tidak bagus. Melalui iri hati itulah mereka simpan untuk memajukan diri. Sebagai motivasi. Kerana mereka katakan dalam diri mereka, suatu hari nanti. Aku lebih hebat dari nombor satu.

Bila melihat keadaan si Nombor-Nombor yang lain ini bersuara (bermula dari dua, tiga, empat dan seterusnya). Mereka masing-masing ingin berjaya didalam hidup mereka. Tika itulah motivasi wujud didalam diri. Mereka kata, aku mungkin lebih lagi dari si Nombor Satu kerana aku mahu menjadi diri aku. Aku ada apa yang Si Nombor Satu tiada. Aku punyai keazaman yang lebih dari si Nombor Satu. Aku punyai matlamat yang lebih dari si Nombor satu. Kerana akulah yang orang lain cari.

Dan si Nombor Satu masih kekal dengan keadaan asalnya. Menjadi pujaan dan sebagainya, sedangkan si rakan-rakan yang lain punyai azam tekad untuk menggapai lebih dari apa yang si Nombor Satu pernah ada.

Lumrah manusia, "hidup umpama roda, kadangkala diatas, dan ada masa di bawah" Dek kerana keazaman yang ada pada si Nombor yang lain, mereka tidak sedar mereka sudah menjadi si Nombor Satu dalam diam. Mereka telah mengalahkan si Nombor Satu dalam diri mereka. Mungkin pada hari ini , mereka katakan mereka masih lagi si Nombor Dua, Tiga, Empat, Lima dan seterusnya. Tapi hakikatnya, mereka telah menjadi si Nombor Satu.

Wolverine telah mengalahkan pujaan Cyclops dengan wujudnya filem dia sendiri, Power Rangers Hijau/ Putih si Tommy berjaya menjadi wira semenjak kemunculannya didalam kumpulan Power Rangers. Dan Jebat, dalam masa, manusia menjadi matang menilai Jebat adalah wira sebenar.

Persoalannya, pernahkah kamu bertanya pada diri kamu. Nombor apakah kamu? adakah kamu si Nombor Dua? Tiga? Empat? Lima? dan seterusnya. Ataupun kamu adalah si NOMBOR SATU.

UM- university masyarakat


tatkala aku dan danny sibuk hendak memotong rambut di alor gajah. waktu iu jualah para ibu bapa yang lain sedang bersiap hendak menghantar anak mereka mendaftar di kampus sebagai seorang mahasiswa.

aku duduk di kerusi gunting rambut itu, melihat rambut danny di potong. kemudian auntie kedai gunting itu datang kepada ku. bertanyakan tentang potongan rambut ku, gaya mana yang dia suka. setelah menerangkan kepadanya. dia memotong rambutku.

sambil-sambil memotong, dia bertanya kepada ku. mengapa aku begitu awal berada di kampus?
aku dan Danny menjawab, kami menjadi urusetia untuk pendaftaran pelajar baru. dia bertanyakan kepadaku, bagaimanakah keadaan pendaftaran pelajar baru?
apakah proses pendaftaran tersebut dan apakah orientasi yang akan di lakukan?
aku dan Danny menerangkan sedikit demi sedikit.

kemudian auntie itu kembali memotong rambut ku.
" soly ar adik, anak auntie esok ala register dekat itu universiti utara"

"owh, UUM kat Sintok eh auntie? jauh tu..."

"a ah, manyak jauh wooo...tala penah pigi, ala olang cakap itu punya perjalanan dalam 9 jam wooh"

"memang jauh pun... pekan dia puntak besar mana, lebih kurang alor gajah je auntie..."

"owh, itu macam ka? itu legister apa lagi dia olang bikin? ala laging-laging(raging) ka?"

"takdelah auntie, mane ader raging, zaman dah berubah, memang lah orientasi tu sukar tapi takdelah sampai tahap raging. Banyakkan bersabar je"

"owh...itu macam ka? saya tala tau wooh... kami olang tala solang pon masuk U... ini ja anak auntie mau masuk U woo..."

"baguslah dier masuk U, course aper dier amek?"

"apa itu...economic studies loh...dia dulu itu STPM juga angkat"

"owh ok..faham, oklah banyak kerjaya dia"

"hahaha, itu macam ka adik? kami olang suma masuk U lain wooh..."

"U apa? tadi kate tak masuk U?"

"kami suma olang UM mari... UNIVERSITY MASYARAKAT"

Aku terkesima sebentar dengan ayat dia. betul, antara sedar, mereka adalah golongan manusia yang menjadi insan dikalangan masyarakat. Yang belajar bersaing dalam hiruk pikuk masyarakat, dan kemudiannya cuba menghidupkan anak-anak mereka supaya hidup anak-anaknya adalah lebih baik dari biasa.
Mereka antara kaun yang tiada subsidi. antara kaun yang hidup bersaing. antara kaun yang cuba lari dari kelompok orang yang lemah, agar suatu hari nanti mereka lebih berjaya dari yang lain.

Disuatu sudut, Danny memandang kepadaku. Aku faham maksud Danny. Bagaimana gigihnya si penggunting rambut, inginkan anaknya berjaya, supaya suatu hari nanti dia boleh mendabik dada mengatakan. Aku dulu tiada pelajaran tinggi, dapat hasilkan anak aku seorang mahasiswa yang berjaya.

"adik, nanti bilang sama kawan-kawan auntie tutup kedai hali esok dan lusa tau! auntie pigi Kedah mau antar anak masuk U"

"oklah auntie"

Menjenguk Masa

Pernah anda menjenguk masa? anda diam seketika dan berfikir....begini rupanya masa telah berlalu..

lalu dalam fikiran anda terpacul satu persatu perkara, seribu satu perlakuan, ratusan pertanyaan, dan jutaan bicara,sedang waktu berlalu...anda terfikir lagi...

"apakah yang aku telah lakukan semalam?" lalu masa berunjur lagi, dengan 2 hari lepas, 3, hari lepas, 4 hari lepas, minggu lalu, 2 minggu lalu, bulan lalu...peristiwa yang telah terjadi tahun lalu..dua tahun lalu, tiga tahun lalu, dan kadangkala memori sepintas lalu merungkir..

"oh ini yang aku telah lakukan?"
dan kemduian anda bertanya kedalam hati anda sediri lagi

"mengapa aku lakukan itu, mengapa ia terjadi?"

bila nafsu menerawak masuk akal dan minda, anda pula berkata
"ah! padan muka, memang seharusnya begitu!"

atau anda berkata

"aku tersepit! tiada jalan keluar itu satu-satunya"

atau mungkin,

"sengaja aku lakukan itu demi kepuasan hatiku"

tatkala menerusuri masa, kita kadang kala tersedar, yan g tika itu kita leka, tika itu kita lain, tika itu kita hebat, tika itu orang benci, dan tika itu kita mahu mencari jalan keluar.

dan pabila kita telah tersedar, mungkin kita terjumpa suatu tanda. yang membangunkan kita dari mimpi leka...

dan ketika itulah, kita menangis.menangis sepuasnya denan apa yang telah terjadi..menyesali sehitamnya apa yang telah tertinta, dan menakup muka seolah tidak ingin menghidapi masa-masa derita itu lagi..

dan itulah saatnya kita menelan airliur lega, menarik nafas hiba, mengesat air mata luka..

ketika itulah, memori kilat itu meluncur kembali satu persatu, meninjau diri kita dan kita mehadapinya...hadapi dengan rela.samada menerima atau tidak itu sudah tidak dikira. ia meluncur laju lagi dalam kotak-kotak fikiran..

kita tarik lagi nafas...tarik lagi dalam-dalam..

mengehela deras!

dan kita menjenguk kembali, adakah silam itu mahu diulangi?
atau kita sekadar hanya sekadar meraba?

Kita tentukan

Susur Masa

Aku masih tersisa dengan dialog tadi. Aku, Hafidz, dan Mohsin.

Yazid memakai t-shirt susur masa. lalu aku tanyakan padanya, apakah itu susur masa? dengan seloka dia membalas. "time line". Pantas, tapi jawapan masih aku cari.

Lalu, aku teringat pada tulisan aku pada facebook tempoh hari. Menjenguk masa, sisa dialog tadi kembali. Yazid menerawang pemikiran aku pada fitrah manusia, tentang angkuh ego dan tamak. lalu menjadikan masa ini tidak pernah cukup, dari segi positifnya kita tidak akan pernah cukup untuk mencari keperluan masa. Itu material. tapi dari segi spiritual pula, kita akan terkenang kembali pada masa yang lalu. apakah yang kita pernah penuhi dalam masa yang lalu.

Secara alami, pernahkah kita mencukupi masa? pernahkah kita isi masa kita dengan zat spiritual yang mendalam? lalu menjadikan kita tamak dalam masa untuk terus mencari.

Mohsin membangkang, ego wujud. Dalam pada masa kita mencari itu, wujudnya satu monolog diri. itulah masa. Dalam kita mencari masa, kita sudah kembali pada sisa kita membazir masa. Kembali kepada angkuh yang Yazid katakan tadi.

Aku diam, tapi terus meneliti.

Hafidz, kembali pada teori fizik masa. Bila mana kita melihat masa, kita sebenarnya perlu sedar bawahasanya masa adalah suatu partikel tachyon, dimana kita rasakan bahawa masa itu ada, tapi sebenarnya tiada. Partikel Tachyon, menyatakan dimana masa adalah suatu benda yang bergerak lebih pantas dari cahaya. Mudah. Cukup dengan Fizik.

Bila mana kita sedar bahawasanya masa adalah bergerak, dan kita masing-masing tahu bahawa dalam tiap masa yang kita ada, adakah kita dalam keadaan merugikannya ataupun tidak?

Berbalik kepada teori seorang cendekiawan melayu, menyatakan dalam masa itu, manusia akan sentiasa berada dalam defisit. iaitu keadaan rugi, dan melalui keadaan defisit itulah yang akan menyedarkan manusia untuk sentiasa bergerak untuk mencapai kebaikan.

Adakah kita rugi?

Aku terus kepada teori Deus Ex Machina, yang aku belajar dari 'Abang Ajar'. Didalam ini, kita boleh terus mengatakan bahawa adakah kita mahukan alam menentukan segalanya didalam masa? Adakah kita mahukan keadaan kita selayaknya terus berserah kepada takdir tanpa usaha?

Aku teringat dengan kisah yang diceritakan oleh 'Abang Ajar' kepada aku. Cumalah suatu cereka, didalam cerita itu menceritakan tentang seorang yang tinggi ilmunya. Belajarnya tinggi, masa belajarnya lama. Lalu dia pulang kekampung, untuk mengajar kepada orang kampung tentang tingginya ilmu. Sedang dalam hari-hari dia mengajar, dia jatuh cinta kepada seorang gadis. Dalam cintanya menerawang lalu nafsu membisik, terus dia bertindak menoda si gadis itu. Lalu terhebah seluruh kampung dengan peristiwa noda itu. Seisi kampung bertindak memukul si penoda yang belajarnya tinggi itu, sedang dia berlari menyelamatkan diri, dia merenung tentang nasibnya, dan masa yang dia telah habiskan. Setitik noda, menghapus segala ruang masa yang dulu pernah ada. Lalu, Deus Ex Machina, dia disambar petir. Mati. Alam pemati cerita.

Adakah kita rugikan masa kita?

persoalan ini anda jawab.

Lalu aku buka kembali surah Al-Asr

" DEMI MASA,SESUNGGUHNYA MANUSIA BERADA DALAM KERUGIAN,KECUALI ORANG-ORANG YG BERIMAN & BERAMAL SOLEH,& SENTIASA BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN & DAN BERPESAN-PESAN DENGAN KESABARAN"

Jangan Diam- dan aku kembali menulis

Masa ini aku sedang menunggu si Satria merah datang.

sedang aku melihat, dan menunggu, aku kembali terkenang pada mereka didalam kumpulan 'Jangan Diam'. aku terpana sebentar, sebab aku tahu, ayat itu dari ilham 'Arwah Ayah' Usman Awang.

'Jangan Diam'

Dah lama sangat aku diam, dah terlalu lama aku duduk, terlalu lama memerhati. apa hasilnya? kata orang diam mungkin berisi, kata orang diam mungkin teliti, tapi aku diam?
ya, aku diam kini kembali. Mudah.

Aku buka web Firuz Ikhtar Lubis, aku buka karya si Ode, dan aku perhati tulisan Farahana..

dan ku kembali teringat dengan kumpulan 'Jangan Diam'

aku pohon maaf pada si 'Abang Ajar' Faisal Tehrani, maafkan aku. Adik ini terlalu diam...

Aduh, si satria merah sudah hampir.

aku pergi dulu..

'Abang ajar' aku tidak akan diam lagi.

tweet

Dan Aku Kembali Menulis

Blog ini adalah escapism aku dari dunia luar. Mungkin pendekatan aku agak berbeza dari mereka yang lain. Tapi, melalui medium ini jualah aku cuba sampaikan.

Sehaluan